.:M|y| |B|l|u|e| |Z|o|n|e:.

Saturday, June 08, 2002

.:Ethanol:.

Organic compound, most important of the alcohols, chemical formula CH3CH2OH. Produced by fermentation, it is the intoxicating ingredient in alcoholic beverages. In the U.S., ethanol for industrial purposes is made by chemical synthesis, purified by distillation, and, to avoid the tax on ethyl alcohol for drinking, made unfit to drink (see denaturation) by mixing it with methanol, camphor, benzene, or kerosene. Ethanol has many uses as a solvent, raw material, extraction medium, antifreeze, antiseptic, and gasoline additive and substitute. It is toxic, depressing the central nervous system, and addictive to some persons (see alcoholism). Moderate amounts depress the inhibitory activieties of the brain, and so appear to stimulate the mind, but larger amounts seriously impair coordination and judgment, and excessive consumption can cause coma and death. Taking ethanol in combination with barbiturates or related drugs is especially dangerous.



Assalamualaikum wrt,

Maaf kerana 2-3 hari tak berpeluang menulis..menaip,bukan apa, sudah tiba masa sibuk bagi student tahun 3 kat sini..lebih lagik ouyou kagaku nih....3 lab seminggu...poooh.today's word....alkohol jenis etanol nih laa yang sebenarnya ada dalam arak, beer dan yang mabuk mabuk tuh, disamping alkohol lain.adakah alkohol yang ada dalam syoyu dan yang lain-lain tu adalah alkohol jenis ini??Apa hukumnya?jom ikuti ulasan Ustaz Tuan Hassan Tuan Lah....(daripada pertanyaan mengenai alkohol dalam esen vanilla)



Assalamualaikum,

Saya ingin tanya mengenai alkohol..Pertanyaan saya adalah berkenaan alkohol yang terkandung di dalam esen vanila. Terdapat esen vanila yang mempunyai alkohol dan dalam situasi yang saya ingin bertanya ini adalah esen vanila beralkoho yang terdapat di dalam serpihan coklat di dalam aiskrim Ben and Jerry's. Aiskrim ni mengandungi

'chocolate chunks' yang mengandungi esen vanila sebanyak 0.5% daripada choc chunks itu. Dan telah dinyatakan juga bahawa esen vanila yg digunakan untuk membuat aiskrim itu ,35% daripadanya adalah alkohol.Apakah hukum tentang kandungan alkohol di dalam aiskrim ini? Sebenarnya adakah alkohol(jenis ethanol) yang dibuat bukan dengan cara pembikinan arak boleh diambil jika proportion alkohol itu sangat rendah? Bagaimana pula alkohol di dalam ubat batuk?

------------------

Jawab:

Kita akan ringkas dan permudahkan.

1. Beza antara arak/khamar dan alkohol

Khamr ialah apa jua yg memabukkan dan alkohol adalah antara bahan yg menjadi komponen khamar.

Alkohol: dihasilkan melalui dua cara:

Penapaian (fermentation) dan proses industri atau chemical industry.



Tanggapan masyarakat awam: alkohol itu khamar dan khamar itu alkohol.

Sebenarnya : Khamar itu terdapat alkohol di dalamnya, manakala alkohol itu stand alone (alkohol tulin).Kedua-duanya Haram di minum. Khamar haram diminum kerana memabukkan.Alkohol tulin haram diminum kerana racunnya.



2. Status makanan dan minuman yg beralkohol.



Semua makanan dan minuman yg sengaja di campur alkohol untuk menambah perisa atau sebagai additives adalah haram untuk umat Islam.Manakala makanan, minuman dan ubatan yg mengandungi alkohol pada kadar yg rendah dan alkohol itu terjadi sendiri kerana proses penyediaan makanan dan minuman itu, maka ia harus di makan, kecuali proses pembikinan arak spt fermentasi bijirin (rye, barley, gandum, tamar) yg tujuan asalnya untuk dijadikan arak, walaupun alkohol itu ujud secara proses semulajadi..

Contoh alkohol yg ujud secara semulajadi tapi masih boleh dimakan/minum:

1. Proses fermentasi tapai. Walaupun alkohol ada dalam tapai, tapi kadarnya dima'afkan syara' kerana ia ujud secara semulajadi dan belum sampai tahap yg memabukkan.

2. Proses membuat minuman kegemaran Nabi iaitu nabidz.Ada lebih dari 10 hadis riwayat Muslim mengenai bagaimana antara minuman kegemaran Nabi saw ialah nabidz, iaitu isteri-isteri Nabi merendam kismis atau kurma kering, selama 12-36 jam, dan Nabi membuangnya atau memberi kepada khadam selepas 3 hari jika masih ada baki.Lihat syarah Sahih Muslim lil Nawawi, 7/147



Di Malaysia, penggunaan logo HALAL-JAKIM telah digunakan dgn meluas dan makanlah makanan ada yg logo tersebut. Logo Halal ini merupakan suatu titik tolak kearah piawaian produk untuk umat Islam dan akan dikembangkan dan diperkenalkan dalam bentuk ISO standard tidak lama lagi..thtl

Itulah kaedah yg ditetapkan oleh fuqaha'.

(Dr Wahbah, Fiqh Islami, 3/537; Fatwa Mufti Brunei, 1999)

Tuesday, June 04, 2002

.:Kesyukuran:.

Perasaan, ucapan dan perlakuan yang dilahirkan dengan ikhlas terhadap segala nikmat kurniaan Allah SWT, sabar dan redha menerima ketentuan dan dugaannya serta berterima kasih terhadap sumbangan dan khidmat bakti yang diperolehi.



Ghhh..apalagi ahh....oh esok ada chukan shiken, subjek bapak angkat plak tuh.Camne nak buat huh???.Yeaa....study..study (atari mae jyan).Let's begin with.....text book....ok that's all for tonight...bye.



Wassalam



Sunday, June 02, 2002

.:alcohol:.

Any fermented liquor, such as wine, beer, or distilled liquor, that contains ethyl alcohol, or ethanol, as an intoxicating agent. When an alcoholic beverage is ingested, the alcohol is rapidly absorbed in the stomach and intestines because it does not undergo any digestive processes. It is distributed to the rest of the body through the blood, and has a pronounced depressant action on the brain. Under the influence of alcohol, the drinker is less alert, less able to discern objects in the environment, slower in reacting to stimuli, and generally prone to sleep.



.:ma'rifah:.

Pengetahuan yakin dan pengalaman yang membolehkan seseorang menjelaskan dan mengamalkan prinsip dan asas-asas Islam.



Kadang-kadang kita tahu, tapi kita tak boleh nak jelaskan apatahlagi nak mengamalkan beberapa perkara penting dalam Islam.