.:M|y| |B|l|u|e| |Z|o|n|e:.

Monday, July 28, 2003

.:Wasiat Saidina Ali Karramallahu Wajhah:.



1. Peringatan buat dirimu yang mana pasar itu merupakan suatu tempat yang boleh merosakkan akhlak.

2. Sesuatu yang hendak dicapai oleh keelokan budi pekerti itu ialah rasa malu seseorang pada diri sendiri.

3. Tiada pusaka peninggalan yang lebih bermanfaat daripada elok budi pekerti.

4. Cucikan hati kamu dengan beradab sebagaimana api membakar sesuatu dengan kayu.

5. Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain.

6. Elok pekerti merupakan gedung ketika berhajat padanya.

7. Kualiti setiap sesuatu itu dinilai pada kebaikannya.

8. Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.

9. Sekiranya kamu merasa letih kerana melakukan sesuatu yang baik maka keletihan itu kan hilang dan perbuatan baik yang kamu lakukan terus kekal.

10. Jika kamu tidak mahu melupakan segala kebaikan yang dilakukan maka kamu hendaklah mengulangi di dalam membuat kebaikan itu.

11. Ratapilah saudaramu dengan berbuat baik padanya dan jauhilah kejahatannya dengan bersedekah padanya.

12. Sesuatu yang tidak elok untuk diperkatakan sekalipun ia benar iaitu puji diri sendiri.

13. Seelok-elok kesihatan itu adalah memberi sesuatu dan ketaatan merupakan gedung yang tidak akan musnah.

14. Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan.

15. Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti.

16. Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan.

17. Tepati janji merupakan kembar kepada benar.

18. Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.

19. Permulaan bagi perasaan marah itu adalah hilang pertimbangan manakala penghabisannya pula adalah perasaan menyesal.

20. Tidak dikira lemah lembut jika ia timbul ketika redha tetapi lemah lembut yang sebenar akan timbul ketika dalam keadaan marah.

21. Sesiapa yang tunduk kepada perasaan marah menyebabkan akhlaknya kurang.

22. Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya yang mana kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas.

23. Sesiapa yang malas tidak akan menunaikan tanggungjawabnya.

24. Ketua kepada kejahilan itu adalah gedung kemalasan.



Friday, July 25, 2003

.:Ghuraba:.

.:Ghuraba:.



When the Prophet received the Revelation of Prophethood, he began to call the people to Islam. The Prophet made reference to the state of ignorance prevalent at that time in a hadith related by Muslim and others. He said:



which means:"When this Religion started, it was strange to the people, and it shall be strange again as when it started. Extremely blessed at that time will be the strangers--those who correct what other people have contravened among the laws of the Prophet."



Ghuraba'....asing, sungguh asing dirasa apabila Islam disebut, sungguh asing bila Islam mahu ditegakkan, sungguh asing orang-orang yang mahu menegakkan identiti Islam............................tetapi berbahagialah orang-orang yang asing ini.

Kedatangan Islam bukanlah dihampari dengan permaidani merah tetapi menuntut umat yang menanggung kalimahnya dengan pengorbanan.Sama ada dia akan dihina, dicerca, dipandang rendah....atau dirinya sendiri terkorban.

Tetapi dia bersama dengan Allah di makam yang mulia



Thursday, July 24, 2003

.:Rahmat:.



Teman,

Renungilah kata-kata imam al-Ghazali bahawa jika kita membaca kitab seratus tahun dan mengumpul seribu kitab, ia tidak menjadikan diri kita bersedia untuk mendapat rahmat Allah melainkan dengan amalan. Sekalipun seseorang hamba memasuki Syurga dengan kelebihan dan kasih sayang daripada Allah tetapi ia dapat dicapai selepas dia menunaikan segala ketaatan dan ibadat kerana rahmat Allah hampir dengan orang yang sentiasa mengerjakan amalan yang baik dan soleh. Renunglah dirimu wahai teman!

Tuesday, July 22, 2003

.:Ilmu dan Amal:.

Teman,

Imam al-Ghazali pernah menasihati kita bahawa ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia.Ketahuilah bahawa ilmu tidak mampu menjauhkan diri kita hari ini daripada maksiat dan tidak akan mendorong kepada taat serta tidak menjauhkan diri kita daripada azab neraka. Jika kita tidak beramal hari ini maka kita tidak akan dapat kembali untuk beramal pada hari yang telah berlalu pergi. Permintaan kita untuk kembali ke dunia setelah berlakunya qiamat tidak akan diterima malah kita akan diherdik dengan kata-kata pedas : Wahai orang yang bongkak! Mengapa kamu datang dari sana tanpa bekalan?. Rasulullah beristighfar lebih 70 kali sehari dan sentiasa mengamalkan salam kepada para sahabat sehingga para sahabat merasa malu kerana setiap kali berjumpa maka Rasulullah S.A.W yang merupakan orang pertama yang memberi salam bukannya mereka. Bagaimana dengan kita wahai teman? Hayatilah hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi : Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dan timbanglah amalan kamu sebelum ia ditimbang oleh Allah kelak.

Monday, July 21, 2003

.:Kesungguhan Ibadah:.



Teman,

Bagaimana pula dengan ibadat seharian kita wahai teman?. Adakah kita merasakan ia sudah banyak dan mencukupi sedangkan kita pernah membaca kisah mengenai seorang lelaki dari Bani Israel telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Allah telah mengutuskan malaikat kepadanya dan menyatakan bahawa ibadatnya yang begitu banyak tidak mampu menjamin dia untuk merasai nikmat Syurga Allah. Lalu dia menyatakan bahawa dia beribadat kerana dia dijadikan untuk beribadat bukannya mengharapkan balasan. Apabila malaikat memberitahu kepada Allah tentang jawapan yang telah diberikan maka Allah menyatakan bahawa Dia telah mengampuni segala dosa-dosa lelaki itu. Rabi'ah 'Adawiyah salah seorang daripada waliullah telah menyatakan bahawa ibadat yang ditunaikan bukan kerana takut azab Allah dan mengharapkan syurga Allah tetapi dilakukan kerana taat dan patuh pada perintahNya. Sayyidina Ali mengatakan sesiapa yang menganggap dia akan mencapai sesuatu tanpa kesungguhan maka dia sebenarnya berangan-angan tetapi sesiapa yang bercita-cita untuk mendapat sesuatu bersama dengan usaha yang bersunguh-sungguh dia akan mencapainya. Sayyidina Hassan juga pernah mengingatkan bahawa mengharapkan Syurga tanpa amalan merupakan satu dosa daripada dosa-dosa yang lain.

Sunday, July 20, 2003

.:Nur Iman:.



Teman,

Jadilah kehidupan kita di bumi sementara ini berpandukan nur iman dan Islam bukannya berdasarkan nafsu yang sentiasa inginkan kebebasan dan keseronokan yang tidak berkesudahan. Seorang ulama' telah mengukirkan ungkapan indah bagaimana Allah mencipta malaikat dengan diberikan kepada mereka akal tanpa nafsu, binatang pula dianugerahi nafsu tanpa akal manakala manusia diberikan keduanya sekali iaitu akal dan nafsu. Sesiapa yang mampu mengawal nafsunya dengan akal yang berpandukan syariat Ilahi maka dia lebih baik daripada malaikat tetapi jika dia tewas dengan pujukan nafsunya maka dia lebih hina daripada binatang. Kita juga pernah mendengar kisah bagaimana seorang 'abid di zaman silam apabila terdetik sahaja kehendak nafsunya yang inginkan keseronokan maka dia akan berguling di atas padang pasir yang panas sambil mengatakan kepada dirinya sendiri adakah tubuhnya akan dapat menahan daripada azab neraka yang lebih panas daripada itu. Seorang yang lain pula menangis sehingga hilang penglihatannya kerana menyesal dengan dosa yang dilakukan. Tidak ketinggalan dicoretkan bagaimana seorang hamba yang bertaqwa tetapi pada suatu hari seolah-olah kehilangan kuasa untuk mengawal kehendak nafsunya dan cuba melakukan zina dengan seorang pelacur yang dilihatnya tetapi sebelum terlanjur ke arah kemunkaran dia tersebut nama Allah lalu dia jatuh dan menggelempar serta menghembuskan nafas terakhir di situ juga kerana begitu ketakutan dengan apa yang cuba dilakukan.Bagaimana pula dengan diri kita wahai teman? Godaan dan cubaan berada di sekitar kita. Adakah kita telah cuba sedaya yang mungkin di dalam menghindarinya ataupun kita sendiri dihanyutkan oleh keadaan sekeliling? Jagalah pancaindera kita daripada kemungkaran yang melata. Ingatlah pesanan Rasulullah S.A.W sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi : Hamba yang baik ialah mereka yang beragama dan menyediakan bekalan amalan selepas mati. Manakala orang sombong adalah mereka yang mengikut kehendak nafsu dan mengharapkan belas kasihan Allah semata-mata.

Saturday, July 19, 2003

.:.KE ARAH MENGEMBALIKAN IDENTITI ISLAM.:.



Assalamualaikum wrt,



Ke arah mengembalikan identiti Islam..................menjadi tema bagi blogger nie, sebagai sorang muslim, menjadi cita-cita bagi aku untuk mengembalikan identiti Islam pada tempat yg sepatutnya.Yang pertama adalah pada diriku sendiri, aku rasa sebagai seorang muslim aku kenalah berakhlak dengan akhlak Islam, dari aku bangun setiap pagi hinggalah aku bangun pada bagi besoknya, biarlah setiap detik dalam hidup nie, walaupun pada tidurku, adalah menjadi ibadah untuk Allah SWT.Salahkah aku untuk bercita-cita menjadi pemuda Islam.....







Tips Menjadi Pemuda Pemudi Islam Yang Unggul



Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam. Menurut as-Syeikh Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi ialah:-



usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi

usia yang mengalir darah yang gemuruh

usia yang tinggi idealisme yang luas

usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula

usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.

usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi

usia yang mengalir darah yang gemuruh

usia yang tinggi idealisme yang luas

usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula

usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.



Menurut Syeikh Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah. Di antara sifat-sifat unik generasi ini adalah:-



generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu

generasi amal dan membina jamaiy

generasi rabbani dan ikhlas

generasi yang bernasabkan Islam

generasi dakwah dan jihad

generasi dagang dan hidup bersama orang ramai

generasi gagah dan agung

generasi seimbang dan sederhana



Manakala menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda pemudi Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang mempengaruhi secara beransur-ansur keatas iman terhadap amal dan da�awah. Pengaruh luar ini ada dalam pelbagai bentuk yakni ada yang mengugat aqidahnya, akhlaknya, keluarganya dan sebagainya. Di antara pengaruh-pengaruh ini adalah:



Gerakan dan propaganda yang menyebarkan keraguan dan salah faham terhadap Islam dan keunggulannya

Fitnah rakan sebaya yang jahat dan persekitaran yang tidak sihat

Fitnah harta dan keluasan rezeki yang melimpah ruah

Fitnah ijazah dan pangkat

Fitnah wanita, isteri dan anak-anak



Beberapa langkah bagi meningkatkan kecemerlangan pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah (penguasaan) Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan dunia ialah:-



Kenalpasti tahap kemampuan ada yang sebenar

Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan ada

Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri

Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik

Ambil pelajaran daripada kesilapan yang telah anda lakukan

Belajar menerima teguran yang membina dan hiraukan kritikan yang remeh

Perakui kejayaan anda

Tetap merendah diri

Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran ada

Bersyukur kepada Allah di atas apa yang diberikanNya

Friday, July 18, 2003

.:Empat Amalan:.



Empat Amalan Sulit



Dari Ali r.a yang bermaksud:



Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat

macam:





1. Memberi maaf pada waktu marah.



2. Suka memberi pada waktu susah.



3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.



4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau

kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.



Wednesday, July 16, 2003

.:Empat Perkara:.



Empat Perkara Berharga



Telah Bersabda Nabi s.a.w yang bermaksud:



"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia

dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun

yang berharga itu ialah Akal, Agama, Malu dan Amal

soleh, maka:





1. Akal boleh hilang disebabkan marah.



2. Agama boleh hilang disebabkan dengki



3. Malu boleh hilang disebabkan tamak



4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan

suka menceritakan keburukan orang lain.





Assalamualaikum wrt,

Semoga aku tidak hilang 4 perkara berharga itu, dan semoga Allah menjauhkan aku daripada 4 amalan buruk itu.Besok ada exam arr, doa-doakan lah semoga aku dapat menjawab dengan tenang dan baik.....InsyaAllah.

Tuesday, July 15, 2003

.:SYUKUR:.



Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril AS untuk pergi menemui salah satu makhlukNya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.



Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "Hai kerbau apakah kamu senang setelah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.



Malaikat Jibril AS mendatangi seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "Hai kelawar apakah kamu senang setelah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar. Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.



Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang setelah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, daripada dijadikan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Friday, July 11, 2003

.:KARAT:.



BILA HATI TELAH BERKARAT�

Dosa yang dilakukan dan kelalaian dalam mengingati Allah akan menyebabkan hati menjadi berkarat. Hati yang rosak ini akan menyebabkan diri manusia itu semakin jauh dari Allah dan semakin tersesat dari jalan yang benar.



Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Seorang sahabat telah bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Maka jawab Rasulullah, "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran."



Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar.



Rasulullah bersabda : "Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat (Al Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong." Riwayat At Tirmizi.



Wednesday, July 09, 2003

.:Doaku:.

...Bismillahirrahmaanirrahim...



Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada

seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar

bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu



Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku

menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu

agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...



Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku

padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....



Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku

pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....



Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu

janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya

bermunajat di sepertiga malam terakhirMu



Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan

biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan

panjang menyeru manusia kepadaMu....



Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu

jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan

aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya

kepadaMu...



Aminnnn..



-musafir perjuangan-



-thanx to Faiz Sahri-



Kalau di tengokkan tarikh tu memang lama benar aku tak menulis nie, tapi takpalah sekurang-kurangnya aku menulis....doa kat atas tu aku amik kat laman kawan, rasa elok....so amik jerlah kot-kot boleh disebarkan kerana ianya baik....dalam dok bercinta tu kena ingat cinta hakiki dan rindu abadi hanyalah kepada Allah SWT.