.:M|y| |B|l|u|e| |Z|o|n|e:.

Saturday, January 31, 2004

.:Land of Equality:.



Muslim yang sama...hanya batasan geografi yang membezakan identiti kita.Tidak kira siapa kita, tujuan kita adalah Allah,satu ummah dengan bahasa dan bangsa yang berbeza.



Sesuai dengan nama nya, yang berasal dari kata kerja arafa, Arafah menjadi tempat untuk muslim bertemu, selama sehari mereka berkenal-kenalan - semoga dengan mereka berkenalan itu dapatlah pula mereka mengenali Allah yang menciptakan semua makhluk.



9 Zulhijjah - Hari Arafah



Ia adalah tempat bagi muslimin yang bergaya hanya dengan dua helai kain putih, muslimin dan muslimat hanya dikenali sebagai hajji atau hajjah....tiada Dato' atau Datin atau Encik atau tuan.



Ia adalah bumi persamaan, tiada sempadan tetapi berbagai bangsa yang mendudukinya.Semua bangsa adalah bersaudara di bumi gersang, panas, berpasir - bumi gurun.



Rukun kelima- ibadah Haji memberi pengajaran kepada kita tentang erti persatuan, kebersamaan dan hanya mensasarkan satu lawan musuh iaitu syaitan.



Sebagaimana kita dapat mematuhi segala rukun Haji dan larangan-larangannya serta bersatu mengutuk Syaitan yang direjam di Mina maka sebegitulah juga kita seharusnya mengikuti segala hukum-hukum Allah di dalam kehidupan kita seharian di tanahair masing-masing.



Di Arafah satu bangsa adalah berjiran dengan yang lain dan menghabiskan sehari untuk bersama sebagai satu ummat.



9 Zulhijjah - Hari Arafah



Sedikit daripada Sirah Sahabat



"Pada suatu ketika datanglah seseorang kepada sahabat Rasulullah yang bernama Ibnu Mas'ud radhiallahu anhu meminta nasihatnya, katanya: "Wahai Ibnu Mas'ud, berilah nasihat yang dapat kujadikan ubat bagi dan penawar bagi

jiwaku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari ini aku merasa tidak tenteram, jiwaku gelisah dan fikiranku kusut; makan tak enak, tidur pun tak nyenyak."



Maka Ibnu Mas'ud menasihatinya, katanya," Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, iaitu ke tempat orang membaca Al-Qur'an atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya; atau engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hati kepada ALLAH; atau engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau berkhalwat menyembah ALLAH, umpama di waktu tengah malam buta, di saat orang sedang tidur nyenyak, engkau bangun mengerjakan solat malam, meminta dan memohon kepada ALLAH ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurnian hati.

Seandainya jiwamu belum juga terubat dengan cara ini, engkau minta kepada ALLAH agar diberi-Nya hati yang lain sebab hati yang kamu pakai itu bukan lagi hatimu."



Setelah orang itu kembali ke rumahnya, diamalkannyalah nasihat Ibnu Mas'ud radhiallahu anhu itu. Dia pergi mengambil wudhu kemudian diambilnya Al-Qur'an, terus dia baca dengan hati yang khusyu. Selesai membaca Al-Qur'an, berubahlah kembali jiwanya, menjadi jiwa yang tenang dan tenteram, fikirannya jernih, kegelisahannya hilang sama sekali."

Friday, January 30, 2004

.:Jangan abai semasa ada, merintih apabila tiada:.



Assalamualaikum wrt,



Jangan abai semasa ada, merintih apabila tiada.



Aduss..pedih..pedih.Terasa sungguh teguran itu apabila terkena batang hidung sendiri.Apatah lagi sememangnya kita, manusia yang selalu berbuat kesilapan ini.



Sepatutnya kita bersyukur kepada Allah kerana Allah masih mengilhamkan kepada seseorang untuk menegur kesalahan kita.Bayangkan jika Allah membiarkan kita dengan dosa-dosa kita.....apa yang akan jadi?



Sepatutnya kita berterima kasih kepada orang yang menegur kita kerana itu menandakan dia kasih dan sayangkan kita.Mana tahu perkara yang kita buat adalah betul dan kena pada pandangan dan pemikiran kita sahaja, tetapi salah dan membebankan pada komuniti?



Sementara ada yang sudi menegur, jangan abaikan teguran mereka, kemungkinan ada hikmah untuk membantu kita.



Jangan merintih untuk ditegur dan dikasihi lagi apabila setiap teguran yang dilemparkan dibakul sampahkan-Umpama mencurah air ke Daun Keladi...



Terima kasih kepada kedua ibu bapa yang tidak jemu menegur, terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan, terima kasih kepada khatib di mimbar yang menegur setiap Jumaat, terima kasih kepada yang menegur kerana tanda sayang menyayangi dan mengharapkan kebaikan.



Jangan abai semasa ada, merintih apabila tiada...



Tujuh golongan yang dilindungi Allah yang aku dapat melalui mimbar Jumaat hari ini :



1.Pemimpin yang adil di mana kebiasaannya jika pemimpin tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T serta adil dalam bertindak mengikut garisan yang telah ditetapkan oleh syarak



2.Pemuda yang hidupnya sentiasa beribadat kepada Allah S.W.T di mana golongan ini mestilah dilahirkan dalam sesebuah negara bagi mengelakkan lebih banyak kemungkaran dan kerosakan yang berlaku.



3.Seseorang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.



4.Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T di mana mereka bersatu dan berpisah kerana Allah di mana kasih sayang yang ditanamkan atas dasar iman.



5.Seorang lelaki yang dipujuk oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik untuk berzina lalu dia menyatakan bahawa dia takutkan Allah di mana usaha dalam memastikan kebanyakan pintu zina ditutup mestilah ditingkatkan.



6.Seseorang yang bersedekah lalu dia sembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.



7.Seseorang yang mengingati Allah S.W.T dalam keadaan sunyi lalu menitislah air matanya.

Thursday, January 29, 2004

.:Pemuda Januari:.



Assalamualaikum wrt,



Disebabkan aku lahir pada Januari...maka seumur hidup aku akan jadi 'Lelaki Januari', kalau semasa bayi dikenali sebagai bayi Januari maka dalam usia begini...layaklah aku bergelar 'Pemuda Januari'.



Sempena Januari yang akan tamat dalam beberapa hari sahaja lagi, maka aku lampirkan kajian daripada Dr Fadzilah Kamsah mengenai peribadi warga Januari...



bercita-cita tinggi dan orangnya serius- suka mendidik dan dididik- sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik- rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan- suka smart, kemas dan teratur - bersifat sensitif, berfikiran mendalam - pandai mengambil hati orang lain - pendiam kecuali telah dirangsang - agak pemalu - daya tumpuan yang sangat tinggi - mudah mendisiplinkan diri sendiri - badannya sihat tetapi mudah diserang selsema - bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya - cukup sayang pada kanak-kanak - suka duduk rumah - setia pada segala-galanya - perlu belajar kemahiran sosial - cukup cemburu yang sangat tinggi



Hehehe...ada yang sepadan dengan aku dan ada yang tidak sepadan....ia adalah berdasarkan kajian semata-mata.



Semoga aku menjadi orang yang berguna

Wednesday, January 28, 2004

.:Tidur Dalam Tafakkur:.



Selamat Malam Sayang�



Sayang�



Sebaik sahaja dirimu membuka mata dari tidur, bacalah doa kesyukuran. Bersyukurlah kerana usiamu telah dipanjangkan Allah dengan rahmayNya. Bersyukurlah kerana terselamat daripada kelalaian dan kelemahan tidur. Dan insaflah bahawa hakikatnya, pintu taubatmu masih terbuka. Dan ketahuilah bahawa tidur itu adalah pelajaran bagi yang hidup merasai setengah kematian.



Melalui tidur, Tuhan telah mengajar kita mengingati kematian saban hari. Melalui tidur, Tuhan mengajar kita hikmah mimpi. Dan adab-adab tidur juga Tuhan tunjukkan kita melalui Nabi.oh betapa syumulnya Islam, ia terbimbing dari hal yang sekecil-kecilnya hingga kepada perkara yang sebesar-besarnya.



Sayang�



Berwudhu'lah sebelum tidur. Sesungguhnya Allah akan memelihara rohmu disisiNya. Tetapi jika tidurmu tanpa wudhu', Tuhan tidak akan memandang dikau dan membiarkan jin dan syaitan mengganggumu. Akibatnya sayang akan terbuai mimpi-mimpi kosong yang tidak berfaedah, malah menarik ke arah kekufuran. Pengaruh dari mimpi sebegini berupaya mencorak perlakuanmu, jika dikau tidak mengetahui sumber-sumbernya. Amatlah rugi jika ajal mendatangi kita ketika sedang tidur dengan tidak berwudhu'. Roh kita akan terabai akibat dari kelalaian kita sendiri.



Sayang�



Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Mudah-mudahan mimpimu dikurniakan hikmah kerana ia merupakan satu cara wahyu diturunkan. Mimpi yang benar adalah mimpi yang diberkati Tuhanmu. Selain itu adalah mimpi yang batil dari gangguan jin dan syaitan, dan mimpi yang hambar terhasil dari panorama hidup seharian. Ingatan terhadap mimpi adalah penerimaan fikiranmu mentafsirkannya.



Sekiranya dikau tidak biasa atau tidak percaya dan tidak dapat menerima berita-berita ghaib sebagaimana dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah maka jadilah segala-galanya tidak bererti dan tidak mendatangkan faedah dan pengajaran kepadamu. Jadikanlah mimpi sebagai mimpi dan permainan tidurmu.



Sayang�



Tidurlah apabila merasai mengantuk. Dengan tidur anggota tubuh akan dapat kerehatan dan tenaga akan pulih kembali. Usahlah dikau tidur dengan berlebih-lebihan kerana perbuatan itu akan mengakibatkan badan menjadi letih dan lesu. Akal fikiran akan menjadi lemah. Akan tetapi, jangan pula sayang tidak tidur berpanjangan kerana dengan berbuat demikian kewarasan fikiran akan hilang. Tidurlah sekadar sebagaimana disyorkan Islam, ditunjukkan oleh Nabi s.a.w iaitu tidur sebelum zohor dan selebihnya di siang hari menguruskan pentadbiran dunia. Manakala, tidur sedikit di malam hari dan bangun memperhambakan diri dari tengah malam hingga ke pagi. Inilah contoh tidur yang ideal dan amalan manusia hamba yang mencari keredhaan Tuhannya.



Sayang�



Jauhkan dirimu daripada amalan tidur dua kali di siang hari kerana amalan itu adalah perbuatan syaitan. Hindarkan dirimu tidur terlalu lama supaya tidak dikencingkannya. Dan janganlah tidur di siang hari menjadi kemestian kerana tabiat ini akan mengeruhkan wajahmu dan rezeki menjadi mahal. Berusahalah menjaga adab-adab tidur dan elakkan dari menelentang, kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah auratmu dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada fitnah. Berlindunglah kepada Allah, Insya Allah dirimu akan mendapat berkat.



Sayang�



Ingatlah bahawa masalah tidur sering dianggap remeh temeh dalam hidup ini, tetapi pada hakiktnya ia adalah jurang yang dalam yang berupaya mengakibatkan dirimu hidup tak terancang, hilang matlamat dan hilang punca. Sesungguhnya jurang ini telah dimanfaatkan oleh musuh yang menjadikan panduan hasrat dan dengkinya dengan sumpahan cela.



Ketahuilah sayang�



Bahawa syaitan telah bersumpah dengan tiga perkara. Selagi makhluk Allah yang bernama manusia melakukannya, selagi itulah pintu kesesatan terbuka luas dan mudah bagi mereka memperdaya : iaitu Pertamanya keinginan untuk makan, Keduanya keinginan terhadap perempuan dan Ketiganya keinginan untuk tidur di mana selama mana ketiga-tiga keinginan ini terus subur dalam diri manusia maka selagi itulah tidak ada kegagalan untuk syaitan menyesatkan manusia. Kita semua tidak akan terselamat kerana itu adalah sifat dan ciri-ciri manusia. Kita hanya terselamat jika didikan Rasulullah dalam hal-hal berkaitan kita amalkan. Itulah kurniaan Allah kepada kita, hamba yang mencari keredhaanNya. Maka bersyukurlah sayang dan jangan sekali-kali menyombong diri�.



'Selamat malam Sayang'



Tuesday, January 27, 2004

.:Life is about giving:.



Assalamualaikum wrt,



Hadir tazkirah 30 minit ni lebih cantik dari mangkuk yg cantik

Mendengar dengan kusyuk lebih manis dari madu

Nak amalkan ilmu dari tazkirah ni lebih sulit dari meniti sehelai rambut



Ingatkah pula kita pada Sabda Rasulullah 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat' dan 'Addeen(agama) itu adalah nasihat'



Life is about giving......



Kekadang kita tidak tahu apa yang kita mampu berikan, apakah sumbangan yang mampu kita berikan untuk Islam.



Tapi kekadang kita juga tidak meyedari yang kita mempunyai bermacam-macam nikmat yang dapat kita gunakan untuk menegakkan Islam.



Apa gunanya mulut kita kalau tidak digunakan untuk menyebut kebesaran Allah.

Apa gunanya harta kalau tidak digunakan untuk membelanjakan pada jalan Allah.

Apa gunanya ilmu kalau tidak untuk meningkatkan kemajuan ummah.

Apa gunanya komputer kalau tidak digunakan untuk menyebarkan risalah Allah.

Apa gunanya....

Apa gunanya....



Selidikilah diri, bina kemampuan untuk kita memanfaatkan diri kita untuk Islam...



Life is about giving...and its not about getting



wassalam

Monday, January 26, 2004

.:Inklusif:.



Assalamualaikum wrt,



Ari nie aku pegi derma darah.....kempen derma darah di universiti bermula hari nie sampai lusa....diorang ambik 200ml darah aku ari nie.....buatkan aku pening dan tak larat.



Emm...bagus betul Jepun nie, bab-bab maslahat nie di jaga sungguh...dan aku berharap di tanahair pun masyarakat kita akan jadi seperti orang Jepun juga.Apatah lagi kita yang bergelar muslim nie...seharusnya kita lebih terkehadapan dalam kepentingan maslahat ummah.



Terpaksa berhenti setakat nie.....kena study probabilty and statistics...besok ada test



wassalam

Sunday, January 25, 2004

.:Sehalus Salju:.



Subuh pagi tadi aku dikejutkan seawalnya oleh miss call Datuk Bandar Sepi, Addeen...Alhamdulillah...dan diikuti oleh beberapa lagi miss call dari sahabat-sahabat.Tinggal di Oita membuatkan aku adalah yang terakhir untuk bangun disebabkan waktu subuh lewat dari sahabat-sahabat lain di sebelah atas Jepun.



Selepas subuh aku peruntukkan beberapa ketika untuk proses 'Purification of Soul'.



Baru saja aku nak masuk bawah kotatsu (meja panas) untuk sambung rehat (baca tido)....aku teringat hari nie bebudak Oita nak pegi main yuki...aku bangun semula dan panaskan bubur nasi semalam dan buat kopi panas....



9.15 pagi- Ooouh....samuiiii! sejuknya hari nie takleh bayang, bila aku melangkah keluar dari bilik 301....di Oita jarang sejuk semacam nie.



Abang Mi sekeluarga dah siap menunggu di bawah, aku tumpang dia.....dan bila semua dah kumpul kami bertolak ke Chojobaru, tempat yang biasa kami kunjungi bila pegi jejalan kawasan bukit.



Dalam pejalanan, aku hanya lihat salji-salji ditepi jalan....yang di tengah jalan, mungkin telah diserap oleh terik matahari hari nie.



Ah, tak dapat salji....dapat jejalan pun dah ok...memujuk hatiku sendiri.



Bila sampai di Chojobaru, aku bersyukur padang tempat yang kami selalu buat piknik masih memutih...agaknya yuki(salji) peninggalan sebelum ini.



Alhamdulillah, satu lagi panorama bumi Allah yang dapat kuabadikan dalam hati...dan juga diabadikan melalui lensa kamera digitalku.



Walaupun matahari terik, tapi angin di kawasan bukit agak kuat....dan membuatkan mataku tidak tahan lalu menitiskan air mata pedih.



aku berlegar-legar di sekeliling...mencari kawasan yang agak lembut ....prap....aku tenggelam sampai lutut...nasib baik bukan lubang.....best-best...



dan tengahari tadi dihabiskan dengan bergambar dan sekali sekala melayan anak-anak Abang Mi, Haziq dan Hafie buat yukidaruma...



dalam masa sejam kitaorang dah genkai, tak tahan sejuk...apatah lagi angin sejuk yang bertiup kuat....surrender.



langit tiada awan tebal...emmm takde yuki turun lah ari nie.



Kami bertolak pulang ke Oita.....dan apa yang buatkan aku tekejut....



yuki turun di Oita!!!

Saturday, January 24, 2004

.:Mengutip Ilmu:.



Assalamualaikum wrt,



Hari nie jadi hari Sabtu yang meletihkan pulak bagi aku...sungguh tak berdaya



6 pagi - Tazkirah Subuh

7 pagi - Bincang Tarbiyyah

9 pagi - 7 malam - Kelas Electrochemical dan Chemical Bonding

10 malam-12 malam - Meeting MT IPIJ



Tapi takpa itu semua adalah untuk Ilmu - lagikan Ibnu Mas'ud dan juga Abu Hurairah sanggup untuk mengikut kemana sahaja Rasulullah SAW pergi untuk mendapatkan ilmu daripada Rasulullah SAW.



Abdullah ibn Mas'ud remained closely attached to the Prophet. He would attend to his needs both inside and outside the house. He would accompany him on journeys and expeditions. He would wake him when he slept. He would shield him when he washed. He would carry his staff and his siwak (toothbrush) and attend to his other personal needs.



Abdullah ibn Mas'ud received a unique training in the household of the Prophet. He was under the guidance of the Prophet, he adopted his manner and followed his every trait until it was said of him, "He was the closest to the Prophet in character."



Abdullah was taught in the "school" of the Prophet. He was the best reciter of the Qur'an among the companions and he understood it better than them all. He was therefore the most knowledgeable on the Shariah.



Begitulah sahabat berguru dengan Rasulullah SAW.



Jadi eloklah kita pun meniru-niru apa yang dibuat oleh para sahabat dalam mendapatkan ilmu....InsyaAllah

Friday, January 23, 2004

.:Lambaian Ka'abah:.



Assalamualaikum wrt,



Sekejap tadi aku hubungi abang yang kedua;Abe Ji yang akan menunaikan ibadah haji, kapalnya akan bertolak besok petang, alhamdulillah dalam umur yang boleh dikatakan masih muda dia ditolong oleh Allah untuk menunaikan rukun kelima.



Aku pula terus-terus berdoa semoga Allah mempercepatkan untuk aku pula ke sana.



"Apa yang saya bleh kirim dari sana?" tanya Abe Ji.Sememangnya kami adik beradik berbahasa 'saya','oghe'(ore dlm bahasa jepun)dan 'awok' bila bercakap.



"Heheh...kirim apa...," jawabku selamba."Nanti saya kirim kaki unta untuk buat sup...wak panas badan"sambung Abe Ji.



"Kaki unta buat gapo... tulonglaa doakan oghe laa...nikoh cepat sikit...heheh"gurauku selamba



"Umph nok nikoh doh?...aaa beghat(berat)..."rungut Abe Ji.



"Dok eeh.....tulong doakan semoga saya selamat di Jepon nie....tulong doa supaya saya tenang disini...dapat belajar molek"aku terangkan.



"Ok ..InsyaAllah....awak pon doakanlah saya selamat pergi-balik....moga buleh Haji Mabrur"pinta Abe Ji



Sebahagian dari perbualan kami, yang aku buleh rakamkan di sini.



Semoga Abe Ji ngan Kak Na memperolehi Haji Mabrur.



Sempena pemergian Abe Ji ngan Kak Na ke Tanah Suci, anak-anaknya ditinggalkan kepada datuk dan nenek diorang sebelah kakak ipar aku......ma dan abah aku pun ada ke KL untuk temankan buat beberapa lama.Cannerlah si kembar yang berusia dekat setahun tu.......harap-harap takderlah manja-manja sangat ngan abg-kakaknya dan juga datuk nenek nya.



Lambaian Ka'abah....

Thursday, January 22, 2004

.:Ocean Wave:.



A life on the Ocean wave

A home on the rolling deep

Where the scattered waters rave

And the wind stheir revels keep

Like an eagle caged,I pine

On this dull,unchanging shore

Oh!give me the flashing brine,

the spray and the tempest's roar



Once more on the deck I stand

of my own swift-gliding craft

Set sail! farewell to the land

the gale follows fair abait

we shoot through the sparkling foam

like an ocean bird set free

like the ocean bird, our home

we'll find far out on the sea



Emm poem nie bukan aku yang buat....tah mana tah aku dapat,lupa dah....tetiba jumpa balik dalam note..just copy-paste jer dalam nie.Kenapa aku salin poem nie pun aku tak tau....mungkin masa tu aku tengah jiwang karat kot...heheh

Set sail!farewell to the land

Friday, January 09, 2004

.:WASIAT BAHAYA DUNIA:.



Sesiapa yang pada pagi harinya menjadikan dunia ini sebagai kepentingannya yang utama, maka Allah akan melazimkan dalam hatinya tiga macam.

1. Kerisauan yang tak putus-putus untuk selama-lamanya .

2. Kesibukan yang tidak ada istirehatnya untuk selamanya.

3. Rasa kefakiran yang tak ada hujungnya sampai ia mati.





Sayyidina Ali r.a berkata :



Barangsiapa yang mengumpulkan enam perkara, nescaya ia mencari syurga dan meninggalkan neraka, iaitu :



1. Ia mengenal Allah lalu mentaatinya

2. Ia mengenal syaitan lalu mendurhakainya .

3. Ia mengenal kebenaran lalu mengikutinya .

4. Ia mengenal yang batil lalu menjaga diri daripadanya .

5. Ia mengenal dunia lalu menolaknya .

6. Ia mengenal akhirat lalu mencarinya .



Thursday, January 08, 2004

.:Roda Islam:.



Sabda Nabi S.A.W dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muaz, maksudnya:



" Ketahuilah bahawa roda Islam itu berputar, maka ikutilah roda Islam itu sesuai dengan rentak pusingannya.Ketahuilah bahawa Al-Quran dan kekuasaan (negara dan agama) akan berpecah, maka janganlah pisahkan dirimu daripada al-Quran. Ketahuilah bahawa kamu akan dikuasai oleh para penguasa yang memutuskan perkara hanya untuk kepentingan mereka sahaja dan bukan untuk kepentingan kamu. Jika kamu mengingkari perintah mereka, maka mereka akan membunuhmu, dan jika kamu mematuhi mereka, maka mereka akan menyesatkan kamu. "Para sahabat bertanya: "Apa yang harus kami perbuat wahai Rasulullah?" jawab Nabi: "Buatlah seperti para sahabat Isa bin Maryam a.s. Mereka telah digergaji dengan gergaji dan digantung di atas kayu (salib). (Sesungguhnya) mati kerana mentaati Allah adalah lebih baik daripada hidup dengan melakukan maksiat kepada Allah." - Riwayat Ishak Ibn Rahawiyah -