.:M|y| |B|l|u|e| |Z|o|n|e:.

Sunday, February 29, 2004

.:Oita Family:.



Assalamualaikum wrt,



Oita dilanda hujan dari subuh, jamuan yang dijadual pada 10 pagi aku agak akan jadi lewat...



Sampai di tempat jamuan, beberapa orang dah sampai...lepas menyusun barang...aku mendapatkan Asyraf yang berusia tidak sampai setahun...anak sulung Abang Man.Biasanya bila ada BBQ aku akan cepat-cepat hidupkan api, tapi hari ini aku dapatkan Asyraf dulu.Asyraf dalam dakapan, senyap dan selamba...agaknya selesa dengan cuaca.Sungguh bila melihat Asyraf atau bayi-bayi lain...sentiasa membayangkan kebersihan dan ke'fitrah'an bayi yang belum mengenal dosa.Indahnya jika dalam keadaan begitu sentiasa..tanpa bergelumang dosa.



Jamuan perpisahan berlalu ceria, amanat dan kata-kata nasihat daripada bro-bro yang akan balik begitu menyentuh.Pastikan suasana silaturrahim ini berterusan, kekalkan suasana tolong menolong antara yang diucapkan.

Jangan bimbang, akan kami pastikan suasana kekeluargaan ini berkekalan.








InsyaAllah kita jumpa lagi...di suasana berlainan...di medan berlainan.



Oita Family akan berkumpul lagi...

Saturday, February 28, 2004

.:Yaumul Asyura:.



Assalamualaikum wrt,



Bersarapan pagi bersama Ayie, rasa macam makan nasi berlauk dari Kota Bharu pulak.Ayie, adik dari Oita kosen datang selepas menghabiskan musim exam.Selalu menunggu kedatangannya...masakan tidak, mentelaah bersama, berbincang bersama, tidur bersama...solat bersama.Dan...dia suka belajar masak...hehe.



Bimbingan Mukmin dan juga kitab karangan Fathi Yakan 'Al-Mutasaqituun fi Tariqid Dakwah' menjadi bahan perbincangan kami kali ini.Sungguh bermakna pertemuan antara dua mata, masakan tidak, sejak meninggalkan tanahair peluang untuk berusrah melalui liqa' secara live amat kurang.



Malam Ayie berhajat untuk makan nasi berlaukkan stew daging ala Blue Zone...hehe.Aku belek-belek dalam peti ais...emmm ada beef bone-in...apakata kita masak sup..."ok jer" kata Ayie.



Bila masak...mencuba rasanya...pooh...maca Sup Tok Ayah kat restoran Tambatan D'Raja tepi Sungai Kelantan...nie nak balik nie.Kebetulan P'nut masuk ke bilik...bertiga menghirup sup tulang.



9.30 malam

Beramai-ramai ke bilik P'nut...besoknya ada jamuan sobetsukai untuk sempai-sempai yang akan balik...buat persediaan...aku potong bawang jer, Ayie sempat cucuk satay...heheh macam nak raya pulak kitaorang.Sesekali berjamu, mempererat ukhuwwah.



.:Yaumul Asyura:.

Selepas hijrahnya Rasulullah SAW ke Madinah pada 623M, baginda berpuasa pada 10 Muharram dan menyuruh umat Islam untuk berpuasa sama sehinggalah ianya diganti pada tahun selepasnya dengan kewajipan berpuasa sebulan pada Ramadhan.Walaubagaimanapun, puasa hari Asyura menjadi amalan sunat untuk dilakukan selepas itu.



10 Muharram juga menjadi hari sedih kepada Umat Islam kerana pada hari inilah cucu baginda Rasulullah SAW,Saidina Hussein ibn Ali telah dibunuh di Karbala.



Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)



Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)



Terima kasih kepada Addeen kerana memberi peringatan itu..untukku dan untuk semua.

Friday, February 27, 2004

.:Pulang untuk Berjuang:.



Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.Bermazhab pada adil dan jujur, berkitab pada sirah dan siasah.

Tentu sahabat-sahabat dapat teka siapa yang aku gambarkan pada ayat diatas.Begitulah penulis menggambarkan dirinya.



Addeen,

Mula mengenalinya apabila menjejak kaki ke Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya.Mengenalinya hanya sebagai seorang sempai...yang hanya bertemu pada ketika tertentu, tidak pernah bersemuka menghabiskan waktu.Tidak pernah juga mendengar celoteh sirah daripadanya.



Sempat bertemu dengan Addeen sebelum dia fly ke Jepun, tetapi sebagai peserta dan juga AJK disiplin dalam satu Tamrin...dan kami dipisahkan di situ.



Addeen fly ke Jepun, perginya setahun tanpa berita.Membina kekuatan empayar persaudaraan Islam, dalam diam rupanya dia merencana.



2000, aku fly ke Jepun.Dengan semangat membara tetapi sedikit terpinga-pinga.Manakan mungkin aku survive...dalam kehidupan penuh pancaroba.



GWG Hiroshima, aku mengembara mencari saudara, akhirnya aku berjumpa....Addeen ada bersama-sama.

Tahun pertama bersama Addeen, IPIJ yang diberi nama, kami timang-timang bersama-sama.YM yang baru memulakan servis menjadi perantaraan antara kami berdua.



Tahun kedua bersama Addeen, dialah menjadi kepala.Addeen bersyarah....mengembalikan semangat sirah.IPIJ yang ditimang-timang kini bertatih-tahih ke hadapan.



Tahun ketiga bersama Addeen, aku menanggung amanah Addeen.Addeen bersyarah, aku mentelaah.Addeen semakin petah....semakin laju melangkah.



Tahun keempat bersama Addeen, sungguh masa laju melangkah.Adden pula mengacah-acah...agar aku cepat mencari zaujah.



Sungguh bersama Addeen dalam masa 4 tahun terasa begitu singkat.Adden pula akan pulang ke tanahair untuk meneruskan perjuangan.Akan ku rindui kepetahan Adden, akan ku ingati ketegasan Addeen.Akan ku tunggu kad Addeen ke pelamin.



Addeen akan pulang untuk berjuang.

Thursday, February 26, 2004

.:Omiyage dari Haramain:.



Assalamualaikum wrt,



Mungkin aku tak bercerita dua hari lepas yang aku menerima poskad dari Mekah, dari Abeji....Alhamdulillah dia dan kakak iparku sihat walafiat.Dari poskadnya memberitahu akan menghantar sedikit buah tangan apabila dia sampai di Madinah nanti.



Alhamdulillah, semalam bungkusan kecik berwarna putih sampai ke bilikku.Kurma, Zaitun, Tin dan dua botol Zam-Zam....omiyage yang aku tunggu dari Haramain.Tapi yang aku tak tahan gelak..ada juga bersama-bersama maggi dari Indon, syampu dan sabun...agaknya lebihan dari tempat penginapan.Hehehe....abeji..abeji...



Dalam poskad yang diletakkan bersama bungkusan, ditulis...Setakat nie saya tak jumpa lagi sup kaki unta...kalau jumpa nanti akan hantar...masih ingat dia perbualan sebelum bertolak ke Tanah Suci.Agaknya kalau betul dia jumpa..dihantarnya sup kaki unta tu.



Hari nie hari yang agak menggembirakan bagi aku, berjogging ke sekolah dan ke keijiban(notice board) Applied Chemistry Dept. Alhamdulillah sebahagian keputusan exam dah keluar...alhamdulillah lepas...alhamdulillah itulah hasil.



Alhamdulillah....agaknya itulah juga Omiyage dari Haramain

Wednesday, February 25, 2004

.:You Are Never Alone:.



Assalamualaikum wrt,



You are never alone...


Mungkin ramai yang sering melafazkan pada kekasih, ataupun pada orang yang disayangi, untuk menggambarkan bahawa rapatnya perhubungan mereka.Tetapi phrase ini adalah untuk mengingatkan diri sendiri.Sebenarnya yang melafazkannya juga perlu ingat bahawa sebenarnya dia tidak akan berseorangan.



Kehidupan kita sentiasa diperhati dan diketahui oleh Allah SWT , setiap gerak dan tingkahlaku kita sentiasa dicatat oleh penjaga kanan dan kiri.Dari kita bangun dari tidur hari ini sehinggalah kita bangun tidur pada keesokan harinya.



You are never alone...

Sesungguhnya prinsip Ihsan yang diterapkan dalam Islam menepati resam kehidupan ini.Beribadah kepada Allah seolah-olah kita melihatnya, dan jikapun kita tidak dapat melihatnya yakinlah bahawa Allah melihat kita.Prinsip Ihsan sememangnya diterapkan dalam Islam bagi memastikan bahawa setiap gerak langkah kehidupan kita menjadi ibadah kepada Allah SWT.Supaya setiap gerak geri kita mempunyai ciri-ciri ketaatan kepada Allah SWT.



You are never alone...

Tidak mungkin seseorang yang memiliki prinsip Ihsan dalam hidupnya mampu berbuat maksiat kepada Allah.Meskipun dia berseorangan.



Kerana dia tahu dia tidak berseorangan...



You are never alone...

Just reach into your heart

and

Allah is always there



Persembahan menarik di You are never alone

Tuesday, February 24, 2004

.:Having too Much:.



Assalamualaikum wrt,



Alhamdulillah musim exam berlalu dengan baik sekali, penumpuan dan usaha telah aku berikan, InsyaAllah hanya menunggu hasilnya.



Hari ini, aku dikejutkan dengan deringan loceng bilik...baru teringat syarikat gas nak buat annual check pada saluran gas.Dalam 10 minit selesai tiada masalah katanya.



Dah dikejutkan pagi-pagi nie, merasakan eloklah untuk kemas bilik.Hehehe maklumlah musim exam tak sempat nak kemas-kemas nie.



Dah berpuas hati dengan keadaan bilik, dan selepas menyelesaikan fardu Zohor, mula memikirkan pulak apa yang nak dilakukan hari nie...



Tetiba sorang adik bertanyakan melalui YM, bagaimana nak mengendalikan blog....nampaknya bertambah lagi seorang penulis jurnal online....baru sahaja mula nak menaip...tapi huruf pulak tak keluar di skrin...puas aku dok tekan-tekan keyboard nie..tak juga keluar-keluar hurufnya.Hanya dengan mouse aku klik pada smiley utk adik...





Agaknya, bateri keyboard nie dah habis 'nyawa'...aku ke kombini berdekatan untuk mendapatkan bekalan bateri.Tapi lepas ditukar...nampaknya tak menjadi jugak.Apalah yang tak kena pulak.



Gomenne dik...nanti dah ok keyboard nie abang ajarkan...berkata-kata dalam hati...



Aku jadi mengantuk bila dah dicuba-cuba pun tak juga keluar huruf yang ditaip...takpelah petang nanti cuba lagik.



Aku lelap lagi...mencari ilham...



Sesudah Asar, aku mencuba lagi...mencari-cari punca dan akhirnya berjumpa...check device...aku install semula keyboard dan..dapatlah menaip pada malam nie...alhamdulillah.



Sebelum nie pun aku dah tulis, kekadang kita dapat ilmu daripada keadaan yang tidak disangka-sangka, hari nie dapat pula aku baiki 'kesakitan keyboard'.Dan membuatkan aku bersyukur pada Allah.



Kekadang kita hanya menunggu untuk disuap...tanpa berusaha terlebih dahulu.Kekadang kita mendapat sesuatu secara berlebihan sehingga kita tidak mengenal erti nikmat.



Having too much often makes us unthankful...

Monday, February 23, 2004

.:Hadarah Islamiyyah:.



Kelip-kelip aku dok memikirkan apa yang nak dikongsi bersama pada malam nie.Agaknya macamnielah lagak si penulis yang takdak idea.



Belek akhbar, jumpa perkataan Islam Hadari....teringat pulak pada kuliah Tuan Guru.



Aku pun dalam masa 100 hari nie baru berjumpa perkataan Islam Hadari nie, semasa belajar di Maahad dulu selalu jumpa Hadarah Islamiyyah - Tamadun Islam.....



Mungkin perkataan baru, atau Bahasa Arab yang di Melayukan , atau tak **** Bahasa Arab...heheh



.:Hadarah Islamiyyah:.



Sememangnya Tamadun Islam memberi kesan terhadap pembangunan insan.Tamadun Islam yang mencakupi keperluan rohani dan jasmani, fizikal dan spiritual.Tamadun Islam yang dibina oleh baginda Rasulullah SAW di negara Madinah dan diteruskan pula oleh Khalifah Ar-Rasyidiin dan seterusnya kekhilafahan Islam selepasnya.



Tamadun Islam yang dibina di atas kekuatan aqidah mampu melahirkan generasi yang menjadikan dunia sebagai jambatan ke akhirat.Yang menjadikan kajaiban ciptaan Allah sebagai sumber peningkatan keimanan kepada Allah SWT.Tamadun Islam mampu melahirkan hamba yang bekerja umpama mahu hidup seribu tahun dan beribadah umpama mahu mati keesokan hari.



Ya, Tamadun Islam adalah tamadun yang pernah memayungi tiga perempat dunia.Tamadun yang mementingkan persaudaraan Islam.Tamadun yang mementingkan akhirat tanpa mengabaikan kehidupan dunia.



Apakah sumbangan kita untuk mengembalikan Ketamadunan ini?

Apakah persediaan kita?

Bersedialah dengan kemahiran yang pelbagai, sumbanglah walaupun sedikit.

Jangan hanya berdiam diri, jangan hanya berpeluk tubuh.

Sunday, February 22, 2004

.:Kerendahan Hati:.



Assalamualaikum wrt,



Hanya dapat ceduk sesuatu dari mail sahabat...untuk malam nie...



"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu."

Saturday, February 21, 2004

.:Ingatkah kita?:.



Assalamualaikum wrt,



Berpagi-pagi menyertai perbincangan bersama ahli-ahli usrah melalui YM, aku hanya mendengar pengisian dan pandangan-pandangan daripada adik-adik yang bakal meneruskan perjuangan.Semoga Allah memberkati kami semua.



Salam Tahun Baru Hijrah 1425

Malam kami ada majlis sempena Awal Muharram-aku sediakan sedikit lauk untuk dikongsi bersama-Kerutuk Ayam-sapa tak penah dengar nama hidangan nie...meh mari Oita...atau tanya member-member asal Kelantan...heheh



Dalam majlis tadi pengisian disampaikan oleh Dr. Azmi , Alhamdulillah dah dapat title Dr....., maka keluarlah kisah-kisah semasa hijrahnya Rasulullah SAW.Nama-nama seperti Abdullah Bin Uraiqit, Suraqah Bin Malik dan Abu Ayyub Al-Ansari dan yang lain lagi keluar berturutan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku.Sememangnya sirah mengajar sesuatu.



.:Ingatkah kita?:.



Ingatkah kita tatkala Rasulullah membuat satu perjanjian yang bernama Bai'atul Aqabah yang menjadi permulaan kepada titik hijrah.



Ingatkah kita kisah Abu Salamah, Suhaib Ar-Rumi yang menghadapi kepayahan dan kesusahan semata-mata mahu berhijrah kerana Allah dan RasulNya.



Ingatkah kita kepada persidangan parlimen Mekah di Darul Nadwah yang disertai Iblis, yang membuat resolusi untuk membunuh Rasulullah SAW.



Ingatkah kita strategi Rasulullah yang mendatangi Abu Bakar ketika panas siang hari untuk mengajak Abu Bakar berhijrah.



Ingatkah kita ketika Allah menghancurkan tipudaya orang-orang musyrikin yang mengepung rumah baginda lalu baginda berdoa dan menaburkan pasir.



Ingatkah kita cabaran Saidina Umar ketika mengisytiharkan hijrahnya.



Ingatkah kita strategi perjalanan Rasulullah dari Mekah --> Gua Thur --> Pantai Laut Merah --> Madinah



Ingatkah kita kepada peristiwa Abu Bakar menahan kesakitan sengatan binatang berbisa semasa di Thur.



Ingatkah kita kepada tentera-tentera Allah yang mengabui mata tentera musyrikin di muka pintu gua.



Ingatkah kita kepada pemandu jalan yang musyrik bernama Abdullah Bin Uraiqit.



Ingatkah kita kepada kisah Suraqah Bin Malik yang dijanjikan gelang Kisra Bin Hermaz, raja parsi.



Ingatkah kita peristiwa perletakan batu asas masjid pertama dalam sejarah Islam di Quba'.



Ingatkah kita pada bait-bait syair TalaalBadru Alaina yang menjadi penyambut ketibaan Rasulullah.



Ingatkah kita pada peristiwa unta rasulullah yang memilih tempat berteduh Rasulullah dengan menjadi tetamu Abu Ayyub Al-Ansari.



Ingatkah kita bahawa Yathrib bertukar namanya kepada Madinah Al-Munawwarah.



Sesungguhnya hijrah rasulullah sebagai satu ujian kasih sayang hamba kepada Allah dan RasulNya.

Sempena hijrah ini renungilah dan hayatilah hijrah Rasulullah SAW.



Kita buat apa?

Ada ke bowling?Ada ke Billiard?Ada ke Karaoke?

Friday, February 20, 2004

.:I Asked Allah:.







I asked Allah to take away my pain.

Allah said No.

It is not for me to take away, but for you to give it up.



I asked Allah to make my handicapped child whole.

Allah said No.

His spirit is whole, his body is only temporary.



I asked Allah to grant me patience.

Allah said No.

Patience is a by-product of tribulations, it is not granted, it is learned.



I asked Allah to give me happiness.

Allah said No.

I give you blessings, happiness is up to you.



I asked Allah to spare me pain.

Allah said No.

Suffering draws you apart from worldly cares, and brings you closer to me.



I asked Allah to make my spirit grow.

Allah said No.

You must grow on your own, but I will prune you to make you fruitful.



I asked Allah for all things that I might enjoy life.

Allah said No.

I will give you life, so that you may enjoy all things.



I asked Allah to help me LOVE others, as much as He loves me.

Allah said ....... Ahhhh, finally you have the idea.



Daripada IslamiCity

Thursday, February 19, 2004

.:Untukmu Palestin:.

Assalamualaikum wrt,



Dalam masa kita bersenang lenang ini, adakah kita ingatkan saudara-saudara kita yang menderita akibat kekejaman kuffar yahudi?



Hari ini aku baca berita, Israel sekarang telah bertindak menahan pemuda Islam Palestin dari memasuki Masjidil Aqsa untuk bersolat Jumaat.Semua pemuda yang berumur kurang dari 40 tahun tidak dibenarkan masuk.



UntukMu Palestin by Raihan












Baru-baru ini kita dikejutkan juga dengan berita pihak Israel mahu membina benteng pemisah antara kawasan-kawasan yang mengambil jarak berkilo-kilometer.



Ada pula berita mengenai pembinaan terowong dibawah Al-Aqsa.



Apakah perasaan kita???



Apakah perasaan kita bila melihat gambar-gambar penderitaan umat disana?



Wednesday, February 18, 2004

.:The Merit Of Knowledge:.



Kelahiran Rasullah s.a.w merupakan rembulan penerang kepada kegelapan jahiliah yang pekat. Baginda ibarat mentari yang datang bersama terangnya kebenaran bagi menggantikan kepekatan malam kesesatan.Dalam memastikan umat yang datang selepas kewafatannya maka baginda tidak mewarisi harta kemewahan tetapi sebaliknya membekalkan bekalan penting iaitu petunjuk jalan kebenaran dan ilmu bermanfaat bagi memastikan umatnya tidak sesat dan lemas dalam gelora ombak jahiliah yang mengganas.



MAKSUD HADIS



Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Sesungguhnya perumpaan sesuatu yang aku diutuskan oleh Allah daripada petunjuk dan ilmu pengetahuan itu adalah seperti hujan yang lebat menyirami bumi. Maka di antara bumi itu ada setompok yang bagus yang menerima air dan menumbuhkan rumput dan tumbuhan yang banyak. Dan ada di antara bumi itu yang kering gersang tetapi ia memegang dan menahan air lalu Allah memberi manfaat dengan sebabnya kepada manusia, mereka boleh minum daripadanya serta memberi minum kepada binatang ternakannya dan bercucuk tanam dengannya. Dan hujan itu juga mengenai setompok bumi yang lain pula, ia adalah bumi yang licin, tidak memegang air dan tidak menumbuhkan tumbuhan. Maka demikian itulah perumpamaan orang-orang yang faham dan mengerti mengenai hukum-hakam agama Allah iaitu Islam yang Allah memberi manfaat kepadanya akan hidayat dan ilmu maka ia mengetahui ilmu dan mengajarkannya pula kepada orang lain. Dan demikian pula perumpamaan orang yang tidak mengangkat kepalanya (dalam erti kata tidak beramal dengan ilmu) dan juga orang yang tidak menerima hidayat Allah yang aku diutuskan bersamanya.



( Riwayat muttafaqqun 'alaihi)

TIGA GOLONGAN DALAM MENERIMA HIDAYAT DAN ILMU



Setelah meneliti hadis tersebut maka kita dapat membuat rumusan bahawa ilmu yang dibawa datang oleh Rasulullah s.a.w ibarat hujan yang banyak berfaedah kepada manusia manakala umatnya diibaratkan seumpama bumi yang terbahagi kepada 3 jenis yang berbeza antara satu sama lain.



Golongan Pertama : Bumi yang sebelum ini merupakan bumi mati kini setelah disirami air hujan maka ia dapat faedah daripadanya lalu menjadi bumi yang hidup dan subur di mana ia boleh menumbuhkan tumbuhan sehingga diambil manfaat oleh manusia dan tanaman. Demikianlah ibarat sikap manusia di mana ada antara mereka yang menerima dan belajar ilmu Allah yang disampaikan melalui rasulNya dan beramal dengannya serta menyebarkan ilmu tersebut kepada orang lain.



Golongan Kedua : Bumi yang hanya menerima dan menahan air tidak menumbuhkan tumbuhan untuk dirinya tetapi dimanfaati oleh manusia dan binatang dengan meminumnya serta menyiram tanaman. Ini diibaratkan seperti manusia yang belajar ilmu Allah dan mengajarnya tetapi dirinya tidak beramal dengan ilmu tersebut dan tidak taat kepada Allah.



Golongan Ketiga : Bumi yang kering kontang lagi licin dan sama rata di mana ia tidak dapat mengambil manfaat dengan air hujan, tidak mampu memegang dan menahannya. Maka air pun tidak lekat dan tumbuhan pula tidak ada. Ini diibaratkan seperti manusia yang tidak belajar atau tidak menggunakan akal dan hati untuk menerima dan memahami ilmu Allah. Maka mereka tidak boleh mengambil faedah dari hidayat Allah dan ilmunya disamping itu mereka tidak boleh dimanfaati oleh manusia yang lain.



KESIMPULAN



Melalui pembahagian mereka yang memperolehi ilmu dan cara mereka memanfaatkannya maka kita mesti menghisabkan diri sendiri tentang keadaan diri kita. Di manakah terletaknya kita di antara golongan yang tersebut agar diri kita dapat menggapai martabat golongan yang pertama serta dihindari daripada golongan yang kedua dan ketiga. Kita juga mesti menanamkan tekad dan azam berserta pelaksanaan yang berterusan dalam menambah ilmu yang bermanfaat kerana ilmu merupakan satu-satunya harta pusaka yang berharga yang telah diwariskan oleh para nabi dan rasul. Generasi masa kini dan akan datang dapat diselamatkan daripada kehinaan dan kesesatan dengan ilmu bukannya dengan limpahan kemewahan harta. Pastikan wasiat yang terakhir kepada generasi mendatang ialah apakah yang kamu akan sembah selepas kematian kami bukannya pertanyaan tentang apakah yang kamu akan makan selepas pemergian kami. Islam berjaya berada disinggahsana dengan ilmu manakala kekufuran dinobat kerana kejahilan.

Tuesday, February 17, 2004

.:Colours of Courage:.



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,



Musim exam yang berlangsung membuatkan aku tak sempat untuk menulis panjang, apatahlagi online di Yahoo Messenger, sampaikan ada 'teman' yang menyapa di shoutbox merungut ketiadaanku.InsyaAllah aku akan kembali aktif online nanti...



Terima kasih 'teman'...



The life is about Giving...

Sekadar memberi...aku akan terus meng'copy-paste' artikel-artikel menarik untuk tatapan teman-teman...untukku mengkoreksi diri sendiri.



.:Colours of Courage:.

Dalam dok sibuk-sibuk study, aku terfikir tentang perkataan berani, apakah yang dikehendaki dengan sifat berani itu...kita ikuti kisah Saidina Ali yang berani berkata mengenai Islam



Suatu hari ketika Sayyidina 'Ali sedang berada dalam pertempuran di mana pedang musuhnya patah dan orangnya terjatuh lalu Sayyidina 'Ali berdiri di atas musuhnya itu sambil meletakkan pedangnya ke arah dada orang itu,dia berkata: "Jika pedangmu berada di tanganmu, maka aku akan meneruskankan pertempuran ini, tetapi kerana pedangmu patah maka aku tidak boleh menyerangmu."



"Kalau aku punya pedang saat ini, aku akan memutuskan tangan-tanganmu dan kaki-kakimu," orang itu berteriak balik.



"Baiklah jika begitu," jawab Sayyidina 'Ali lalu beliau menyerahkan pedangnya ke tangan orang itu.



"Apa yang sedang kamu lakukan", tanya orang itu kebingungan. "Bukankah saya ini musuhmu?"



Sayyidina Ali memandang tepat di matanya dan berkata, "Kamu bersumpah kalau memiliki sebuah pedang di tanganmu, maka kamu akan membunuhku. Sekarang kamu telah memiliki pedangku, kerana itu maralah dan seranglah aku". Tetapi orang itu tidak mampu.



"Itulah kebodohanmu dan kesombongan berkata-kata," jelas Sayyidina 'Ali. "Di dalam agama Allah tidak ada perkelahian atau permusuhan antara kamu dan aku. Kita bersaudara. Perang yang sebenarnya adalah antara kebenaran dan kekurangan kebijaksanaanmu. Iaitu antara kebenaran dan dusta. Engkau dan aku sedang menyaksikan pertempuran itu. Engkau adalah saudaraku. Jika aku menyakitimu dalam keadaan seperti ini, maka aku mesti dipertanggungjawabkan tentangnya pada hari kiamat nanti. Allah akan menyoalkan hal ini kepadaku."



"Inikah cara Islam?" Orang itu bertanya.



"Ya," jawab Sayyidina 'Ali, "Ini adalah firman Allah, yang Maha Kuasa dan Bijaksana"





Dengan segera, orang itu bersujud di kaki Sayyidina 'Ali dan memohon, "Ajarkan aku syahadat."





Lantas Sayyidina 'Ali pun mengajarkannya, "Tiada tuhan melainkan Allah. Tiada yang ada selain Engkau, ya Allah."



Hal yang sama terjadi pada pertempuran berikutnya apabila Sayyidina 'Ali menjatuhkan lawannya lalu meletakkan kakinya di atas dada orang itu dan menghunuskankan pedangnya ke leher orang itu. Tetapi sekali lagi beliau tidak membunuh orang itu.



"Mengapa kamu tidak membunuh aku?" Orang itu berteriak dengan marah. "Aku adalah musuhmu. Mengapa kamu hanya berdiri saja?" Dan dia meludahi muka Sayyidina 'Ali.



Pada mulanya Sayyidina 'Ali merasa marah tetapi kemudiannya beliau mengangkat kakinya dari dada orang itu dan menarik pedangnya. "Aku bukan musuhmu", Sayyidina Ali menjawab. "Musuh yang sebenarnya adalah sifat-sifat buruk yang ada dalam diri kita. Engkau adalah saudaraku, tetapi engkau meludahi mukaku. Ketika engkau meludahi aku, aku menjadi marah dan keangkuhan datang kepadaku. Jika aku membunuhmu dalam keadaan seperti itu, maka aku akan menjadi seorang yang berdosa, seorang pembunuh. Aku akan menjadi seperti semua orang yang aku lawan. Perbuatan buruk itu akan terakam atas namaku. Itulah sebabnya aku tidak membunuhmu."



"Kalau begitu tidak ada pertempuran antara kau dan aku?" orang itu bertanya.



"Tidak. Pertempuran adalah antara kearifan dan kesombongan. Antara kebenaran dan kepalsuan". Sayyidina 'Ali menjelaskan kepadanya. "Meskipun engkau telah meludahiku, dan mendesakku untuk membunuhmu, aku tak boleh."



"Dari mana datangnya ketentuan semacam itu?"



"Itulah ketentuan Allah. Itulah Islam."



Dengan segera orang itu tersungkur di kaki Sayyidina 'Ali dan dia juga diajar mengucap dua kalimah syahadah



.:Colours of Courage:.

Bagi setiap orang mempunyai cara untuk menunjukkan keberaniannya terhadap sesuatu, dan akan mendapat sesuatu dari keberaniannya...itulah warna-warna keberanian.



Monday, February 16, 2004

.:Perhiasan:.



Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq telah berkata :



Ada 8 amalan yang menjadi perhiasan bagi 8 perkara iaitu :



1. Tidak meminta-minta adalah hiasan fakir



2. Syukur adalah hiasan nikmat



3. Sabar adalah perhiasan bagi bala



4. Tidak cepat marah adalah hiasan ilmu



5. Merendahkan diri adalah hiasan bagi orang yang menuntut ilmu



6. Banyak menangis adalah hiasan takut



7. Meninggalkan perbuatan membangkit-bangkitkan pemberian adalah hiasan bagi amalan soleh



8. Khusyuk adalah hiasan solat

Sunday, February 15, 2004

.:Pewaris IV:.



Assalamualaikum wrt,



9.00 pagi



Aku bersiap-siap untuk keluar, Itosan mengajak beberapa orang untuk keluar berjalan-jalan ke Safari Park.Kalau diikutkan hati, dah tak mahu ikut.Tetapi disebabkan Itosan beria-ia mengajak...maka aku pergilah, lagipun bolehlah cari ilham sambil merenung masa depan...



Itosan nie adalah orang yang bertanggungjawab dalam urusan Persatuan Malaysia dari sebuah syarikat Perdagangan.Itosan memang baik dengan kami bebudak Malaysia di Oita nie...



10.30 pagi



Kami bertolak dari Shikido, dan destinasi pertama kami adalah RopeWay...naik kereta kabel ke puncak bukit.Sampai di atas, suhu masih lagi sejuk, sisa-sisa salji masih lagi ada, termometer gergasi menunjukkan suhu -6 darjah Celcius...eh takkan sejuk camtu sekali....agaknya matahari terik membuatkan aku rasa panas sedikit.



Kami menuju ke 'observation platform', satu mengarah kearah Teluk Beppu, dan satu lagi mengarah ke arah bukit-bukau Beppu.Kat sinilah tempat yang dikatakan tempat merenung masa depan...hanya aku seorang yang dapat melihatnya..heheh.Kalau dulu ada seorang sempai yang selalu membawa aku ke tempat-tempat macam nie...dari dia jugak dapat phrase 'tempat merenung masa depan' tu.



Setelah puas me'round' dan bergambar, dan bila dah tangan, telinga dah rasa ala-ala beku..kitaorang turun bukit...dgn keta kabel jugaklah!



Semasa naik dan turun aku tidak lepaskan pandangan ke arah alam ciptaan Allah.Subhanallah...sungguh tidak kau jadikan semua ini sia-sia...



Di bawah kami solat Zohor dan makan tengahari...onigiri tuna yang dibuat oleh Itosan...best betul.



Kami bertolak ke Safari Park selepas itu...naik bas Badak Sumbu...rasa macam cerita wonderland pulak... dibawa mengelilingi taman dalam masa 50 minit dan berpeluang memberi makan kepada Sang Singa, Rimau, Sang beruang dan si tinggi Zirafah...berpeluang untuk mendengar ngauman singa dari dekat...seriau jugak...



Jalan-jalan hari ini memang best, apatah lagi bagi aku yang suka jalan-jalan nie, suka tengok pemandangan...merenung Masa Depan...



.:Pewaris IV:.



Selepas peristiwa pembunuhan Khalifah Othman bin Affan r.a, Sayidina Ali bin Abi Talib memegang teraju pemerintahan. Beliau mendapat baiah dari sebahagian besar dari kalangan para sahabat, terutamanya Talhah, Az-Zubair bin Al-Awwam, Muhajirin dan Ansar. Peribadi Ali bin Abi Talib menghimpunkan pelbagai kelebihan iaitu sebagai sepupu Nabi s.a.w, menantu baginda dan orang yang pertama memeluk Islam selepas Khadijah.



Beliau dilahirkan di Mekah pada tahun 23 sebelum Hijrah. Beliau dididik dan dibesarkan di dalam pangkuan Nabi s.a.w malah tidak pernah berpisah dengannya. Beliau adalah merupakan salah seorang pahlawan Islam yang terkemuka di mana panji peperangan berada di tangan beliau di dalam sebahagian besar peperangan dan beliau adalah salah seorang daripada sepuluh orang para sahabat yang dijanjikan syurga.



Berdasarkan faktor-faktor tersebutlah, beliau dipilih oleh umat Islam supaya menjadi khalifah dan pemimpin umat Islam selepas Sayidina Othman bin Affan r.a mati syahid. Peristiwa tersebut berlaku pada tarikh 24 Zulhijah tahun 35 Hijrah.



Dengan demikian Sayidina Ali bin Abi Talib adalah merupakan khalifah pertama bagi umat Islam yang berasal dari keluarga Bani Hasyim yang juga menjadi nasab keturunan Rasulullah s.a.w.

Saturday, February 14, 2004

.:Pewaris III:.



Penentuan Mereka Yang Layak Menjadi Khalifah



Ketika hampir wafat maka Sayyidina Umar bin al-Khottab sebagai khalifah pada masa itu telah mengambil suatu tindakan yang agak berlainan sekali dengan apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan Sayyidina Abu Bakar dalam pemilihan kepada penggantinya sebagai khalifah yang bakal mentadbir dunia dan menjaga kesucian agama selepas kewafatannya nanti. Beliau telah menyenaraikan nama-nama calon bagi mengelak sebarang pergeseran yang mungkin berlaku sebagaimana yang pernah terjadi selepas kewafatan Rasulullah s.a.w dalam menentukan orang yang layak menjadi khalifah.Senarai itu berdasarkan kepada nama-nama sahabat yang dijamin Syurga oleh Rasulullah s.a.w. Mereka ialah Sayyidina Uthman bin Affan, Sayyidina Ali bin Abi Tholib, Saad bin Abi waqas, Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin 'Auf dan Talhah bin Ubaidillah. Namanya anak beliau sendiri iaitu Abddullah bin Umar tidak dimasukkan dalam senarai tersebut kerana beliau merasakan sudah cukup hanya beliau sahaja yang menjadi khalifah daripada keluarga al-Khottab bagi memikul bebanan amanah yang berat itu. Abdullah bin Umar hanya diberi peranan sebagai calon yang bakal memberi sokongan kepada sesiapa sahaja yang terpilih dengan undian terbanyak.



Mesyuarat Pemilihan Khalifah



Selepas kewafatan Sayyidina Umar maka keenam-enam calon tersebut telah berkumpul dan bermesyuarat di sebuah rumah seorang sahabat yang bernama al-Miswar bin Makhramah. Ketika berlangsung pertemuan yang penting ini maka telah berlaku sedikit silap faham yang menyebabkan 3 orang daripada kalangan mereka telah menarik diri manakala seorang lagi tidak menghadirkan diri ke majlis itu. Akhirnya yang tinggal hanyalah Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali serta Abdullah bin Umar sebagai pemerhati.



Sebagaimana yang telah diwasiatkan oleh Sayyidina Umar jika berlaku keadaan begini maka Abdul Rahman bin 'Auf diamanahkan agar mengendalikan pemilihan khalifah. Tindakan pertama yang mesti diambil ialah dengan meninjau pendapat ketua-ketua kabilah. Namun ia tidak banyak mermbantu dalam menyelesaikan masalah pemilihan ini disebabkan ada pihak yang menyokong Sayyidina Uthman dan ada pula pihak yang menyokong Sayyidina Ali.Akhirnya Abdul Rahman bin 'Auf mengambil keputusan untuk bertemu mata dengan mereka berdua dalam menyelesaikan masalah yang rumit ini. Masing-masing ditanya oleh Abdul Rahman bin 'Auf dengan satu soalan yang berbunyi : " Jika engkau dilantik menjadi khalifah adakah engkau sanggup melaksanakan semua ajaran al-Quran dan Hadis nabi serta mengikut jejak kedua-dua orang khalifah sebelum kamu?". Sayyidina Ali menjawab : " Aku berharap agar boleh melaksanakannya setakat kemampuan aku". Manakala Sayyidina Uthman menjawab dengan tegas dan berani dengan katanya : " Ya! aku sanggup". Dengan ketegasan dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh Sayyidina Uthman ini maka tanpa teragak-agak lagi lalu Abdul Rahman bin 'Auf terus melantik Sayyidina Uthman sebagai khalifah yang baru menggantikan Sayyidina Umar yang telah wafat.



Kriteria Perlantikan Sayyidina Uthman



Kesimpulan kepada cara pemilihan khalifah yang telah djalankan ini maka ia menunjukkan kepada kita bagaimana kelebihan dan kelemahan yang ada pada mereka berdua. Ini bermakna perlantikan Sayyidina Uthman sebagai khalifah bukanlah berdasarkan kepada sikap lemah-lembut yang ada padanya dan bukan juga kerana faktor usia beliau yang agak tua berbanding Sayyidina Ali. Sebaliknya pemilihan Sayyidina Uthman menurut imam al-Tobari berdasarkan kepada 2 sebab utama iaitu yang pertamanya disebabkan masayarakat Islam pada masa itu tidak mahu lagi perlantikan khalifah daripada kalangan bani Hashim di mana ia boleh membawa kepada lahirnya sistem warisan dan monarki dalam pemerintahan Islam dan boleh memecah-belahkan kaum Quraisy. Sebab yang kedua yang menyebabkan Sayyidina Uthman terpilih berbanding Sayyidina Ali ialah disebakan ketegasan Sayyidina Uthman dalam menjawab soalan dga yang dikemukakan oleh Abdul Rahman bin 'Auf.



Akhirnya Sayyidina Uthman dibai'ahkan pada Zulhijjah tahun 23 Hijrah dan dilantik secara rasmi sebagai khalifah pada Muharram tahun 24 Hijrah. Orang yang pertama memberi bai'ah atau sumpah setia kepada perlantikan Sayyidina Uthman itu ialah Abdul Rahman bin 'Auf diikuti oleh Sayyidina Ali dan ada pula riwayat yang menyatakan sebaliknya. Walau pun para penyokong Sayyidina Ali melahirkan sikap tidak puas hati dengan perlantikan ini namun buat sementara waktu Abdul Rahman bin 'Auf berjaya menenangkan suasana.



Pemilihan Khalifah Melalui Sistem Syura



Berkesinambungan daripada cara perlantikan yang telah dibuat ini maka kita dapat melihat bagaimana Sayyidina Umar cuba menjauhkan diri daripada melakukan sebarang penyelewengan nepotisme dan kronisme dalam memilih penggantinya dengan melantik Said bin Zaid iaitu sepupunya dan anaknya Abdullah bin Umar sebagai pemerhati sahaja serta dikecualikan daripada calon yang bakal menjadi khalifah. Kita juga dapat melihat bagaimana antara kriteria dalam pemilihan khalifah mestilah mempunyai ketegasan dalam melaksanakan tanggungjawab serta berani menegakkan apa yang termaktub dalam al-Quran dan hadis nabi.



Dalam pemilihan penggantinya juga maka Sayyidina Umar cuba mengelak sebarang unsur monarki dengan menghalang perlantikan khalifah dari bani Hashim iaitu Sayyidina Ali sepupu nabi. Proses ini juga sebagai mengasaskan sistem syura dalam perlantikan pemimpin.

Friday, February 13, 2004

.:Pewaris II:.



Assalamualaikum wrt,



9.40 pagi

Inna lillahi wainna ilaihi raaji'uun...

Aku dikejutkan dengan berita ke rahmatullah bapa saudara daripada mel kakak iparku...

Ayah Long....suami kepada kakak abahku...meninggal selepas dimasukkan ke wad HUKM sejak 2 minggu lepas.

Ayah Long yang selalu memberi nasihat apabila bertemu, kali terakhir semasa balik bercuti natsu yang lepas.

Semoga Allah merahmatinya...

Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa'afihi, wa'fu'anhu...



12.00 tgh

Aku keluar dari bilik untuk ke dai bagi menunaikan Solat Jumaat.Di sinilah kami berjumpa sekali seminggu selain pengisian pada malam Jumaat.

Ah...inilah hikmah ber Jumaat...dimana lagi umat Islam bertemu selain ketika Jumaat, inilah kelebihan Jumaat yang memberi peluang kepada umatnya untuk berkenalan.Malah kekadang kita dapat bertemu dengan kawan yang dah lama tak bertemu pada hari Jumaat di masjid.Jumaat juga memberi peluang ummat untuk muhasabah diri daripada khutbah Jumaat...dengan menghadirkan diri untuk menunaikan solat Jumaat menjanjikan kita bermacam-macam kelebihan.



Selepas solat ,kami beramai makan tengahari di shokudou...menu biasalah ikan...hehe..yang lain tak boleh dijamah!



1.30

Aku ke toshokan untuk study, sebelum mengambil tempat duduk aku ke bahagian majalah untuk mengambil Readers Digest terbaru, manalah tahu kot-kot otakku tepu nanti....bolehlah dibuat bahan bacaan sampingan.



4.00

Aku kebilik ryugakusei untuk solat Asar dan kembali ke toshokan untuk mengambil beg...dan terus pulang



5.00

Drama 'Good Luck' menarik perhatianku sejak ditayangkan di TV....alamak nie citer jiwang.Tapi agaknya itulah jiwa muda 'Pemuda'.Drama Lakonan anggota SMAP Kimura Takuya, Shibasaki Kou dan beberapa lagi pelakon terkenal Jepun.Yabaiyo...yabaiyo...ore

aku berkata dalam hati sendirian..bila sampai ke babak heroin memegang tangan si hero.



Cukuplah takat tu, kena ingat kita orang Islam perlu menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.Lihat drama untuk mengambil panduan dari yang baik.Takyah jiwang sendiri.....



Gambar di atas aku ambik semasa pulang ke tanahair Natsu yang lepas



.:Pewaris II:.



Perbincangan Sayyidina Abu Bakar dengan kibar al-sahabat



Semasa Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sedang sakit tenat dan beliau merasakan bahawa betapa dekatnya ketibaan ajal maka beliau mula membuat penilaian dan berfikir tentang siapakah yang sepatutnya dilantik menggantikan tempatnya sebagai khalifah. Sayyidina Abu Bakar mengamati para sahabat yang berada bersamanya seorang demi seorang untuk mencari siapakah yang paling layak, berkaliber dalam organisasi dan paling berhak menjawat jawatan khalifah nanti. Sebenarnya sudah terlintas dalam benak hati kecilnya betapa Sayyidina Umar al-Khottab merupakan insan yang paling layak untuk menerajui pemerintahan Islam selepasnya. Namun begitu Sayyidina Abu Bakar tidak terus membuat keputusan berdasarkan kepada pilihannya tetapi sebaliknya beliau ingin mendengar pandangan pembesar daripada kalangan sahabat (kibar al-sahabat). Beliau segera menjemput Abdul Rahman bin Auf dan bertanyakan pandangannya mengenai Sayyidina Umar lalu dia menyifatkan Sayyidina memang layak untuk menyandang jawatan khalifah kecuali sikapnya yang amat tegas. Walaubagaimanapun Sayyidina Abu Bakar menyatakan bahawa Sayyidina Umar bertindak begitu sebagai mengimbangi kelembutan beliau dalam pemerintahan.





Penulisan wasiat pemilihan Sayyidina Umar sebagai khalifah



Selepas pertemuan dengan Abdul Rahman bin Auf maka Sayyidina Abu Bakar bertemu pula dengan Sayyidina Uthman bin affan bagi membincangkan perkara sama. Sayyidina Uthman juga mengakui kebaikan Sayyidina Umar disamping menambah bahawa Sayyidina Umar adalah seorang ahli ibadat yang taat. Kedua-dua pertemuan tadi menjadi rahsia antara mereka bertiga. Sayyidina Abu Bakar kemudiannya mengarahkan agar Sayyidina Uthman supaya menjadi jurutulis kepada wasiatnya untuk melantik Sayyidina Umar sebagai khalifah selepasnya. Setelah Sayyidina Uthman menulis sebaris daripada kata-kata Sayyidina Abu Bakar yang bermaksud: "Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani, Ini merupakan perjanjian taat setia Abu Bakar Kepada sekalian muslimin, Adapun selepasnya..." Sayyidina Abu Bakar tidak sedarkan diri kerana terlalu uzur. Sayyidina Uthman kemudiannya menyambung penulisan kepada wasiat itu : "Maka sesungguhnya aku telah melantik ke atas kamu Umar bin al-Khottab dan beliau merupakan pilihan terbaik yang akan menguruskan urusan kamu". Setelah sedar kembali beliau mengarahkan agar Sayyidina Uthman supaya membaca wasiat yang telah ditulis. Apabila Sayyidina Uthman membaca semula apa yang ditulisnya dalam wasiat itu lalu Sayyidina Abu Bakar terus bertakbir dan bersyukur kerana pandangan Sayyidina Uthman adalah sama dengan pandangannya dan beliau terlalu bimbang sekiranya beliau tidak sempat untuk menyatakan wasiatnya itu. Wasiat Sayyidina Abu Bakar ini kemudiannya dibacakan di hadapan para sahabat yang lain sebagai cadangan daripada khalifah sendiri.





Sayyidina Abu Bakar meminta pandangan dan persetujuan kaum muslimin



Sayyidina Abu Bakar kemudiannya meminta pandangan ramai dan bertanyakan keredhaan mereka dalam menerima cadangan itu. Beliau menegaskan bahawa beliau memandang berat tentang urusan perlantikan yang baru ini dan tidak melantik daripada kaum keluarga beliau sendiri tetapi sebaliknya memilih Sayyidina Umar serta meminta semua rakyat supaya mendengar dan taat kepadanya. Semua yang hadir bersetuju dengan cadangan tersebut lalu mereka menjawab : Kami dengar dan kami patuh.



Kriteria yang ada pada Sayyidina Umar



Banyak hikmat dan rahsia yang terkandung dalam wasiat itu di mana Sayyidina Umar sebagaimana yang tercatat dalam sejarah merupakan orang yang paling kanan merangkap penasihat dann kadi bagi Sayyidina Abu Bakar. Bertolak dari sinilah maka Sayyidina Abu Bakar meyakini bahawa Sayyidina Umar merupakan calon yang paling baik dan hampir untuk meneruskan dasar pemerintahan Madinah yang diasaskannya selama 2 tahun.



Kelebihan yang ada pada Sayyidina Umar juga antara sebab utama jawatan khalifah diberikan kepadanya. Kredebiliti sebagai seorang pemimpin cukup terserlah pada dirinya, pintar serta berani. Tiada calon lain yang lebih layak daripada beliau untuk menjawat jawatan yang penting ini.



Perkara ini juga menunjukkan bagaimana keprihatinan Sayyidina abu Bakar yang begitu mengambil berat tentang perbincangan dalam melakukan sebarang keputusan yang penting. Ditambah lagi dengan keputusan kepada perlantikan ini adalah hasil daripada risikan demi risikan yang dibuat. Sikap berhati-hati dan mengambil cakna mengenai perkara ini merupakan contoh terbaik untuk diteladani kepada masyarakat dalam membuat pemilihan kepada pemimpin yang sepatutnya dilantik bagi menunaikan tanggungjawab yang besar.

Thursday, February 12, 2004

.:Pewaris I:.



Assalamualaikum wrt,



Tahap ketahanan kepada study aku sehingga tengahari hari ini mencapai tahap maksimum...rasanya perlu untuk legakan sedikit kepala nie...hajatnya untuk main game sekejap....



12.40

Kadok menghantar mail ke keitai..mengajak untuk keluar jejalan...Alhamdulillah dapat amik angin kat luar



1.00 tgh



Berempat aku, kadok, pnut, dan puji...dengan keretanya menuju ke Park Place Oita.Kitaorang keluar nie pun sebab kadok dapat off sehari daripada senseinya...kalau tak...main game lah aku sorang...



Kitaorang round-round sekitar supermarket besar tu...aku hanya meneman kadok yang akan pulang Mac nie, macam-macam dia nak beli...last sekali aku capai 2 batang berus gigi ngan gel rambut...untuk diri sendiri.



Kitaorang naik ke tingkat dua...sports authority...takder apa-apa menarik...aku hanya berlegar-legar sementara yang lain menuju ke tujuan masing-masing...last sekali takder sorang pun beli apa-apa.



Puji ajak makan burger ikan kat tingkat 3...aku ikut jer...lagipun kitaorang belum makan tengahari lagi.Pnut yang sengaja membawa camera terus memfokus kepada kami untuk mengambil gambar...gambar tu tengok kat page dia lah kalau ada...



Jika semalam aku copy-paste tajuk mengenai Khalifah...ikuti kisah pelantikan Pewaris I...



PERLANTIKAN SAYYIDINA ABU BAKAR



Pertemuan di Saqifah Bani Saadah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w

Perlantikan khalifah merupakan sesuatu urusan yang penting dalam menjaga agama kestabilan dalam mentadbir urusan dunia. Oleh itu kita dapat lihat bagaimana para sahabat sanggup meninggalkan jenazah Rasulullah s.a.w untuk diuruskan oleh kaum keluarga baginda manakala ramai para sahabat berhambatan menuju ke Saqifah Bani Saadah bagi menyelesaikan beberapa pertikaian berhubung masalah perlantikan khalifah Rasulullah s.a.w dalam memimpin umat Islam dan negara. Perjumpaan tergempar ini telah diadakan di rumah seorang pemimpin kaum khazraj iaitu Saad bin Ubadah. Kaum Ansar begitu pantas dalam menangani masalah perlantikan khalifah yang baru di mana mereka mencadangkan agar Saad bin Ubadah dilantik menjadi khalifah. Mereka mengakui bahawa beliau merupakan seorang yang layak bagi memikul amanah yang berat ini memandangkan beliau merupakan seorang yang banyak berbakti kepada Rasulullah s.a.w, bijak dalam pengurusan, seorang yang terkenal serta pernah ditugaskan menjaga kota Madinah sewaktu ekspedisi ke Abwa'. Malah beliau diriwayatkan orang yang layak dan terpilih dalam memimpin Madinah jika Rasulullah s.a.w tidak berhijrah ke Madinah sebelum ini.



Pertemuan ini diadakan di Saqifah Bani Saadah iaitu dewan mesyuarat yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi. Pada mulanya perhimpunan ini tidak diketahui oleh kaum keluarga nabi dan tokoh Quraisy sehinggalah ada 2 orang sahabat datang memberitahu bahawa adanya suatu perhimpunan penting di situ. Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar bergegas ke sana dan mendapati keputusan perlantikan belum dibuat disebabkan timbulnya pertikaian di kalangan kaum Aus seramai 70 orang yang tidak bersetuju dengan perlantikan Saad bin Ubadah daripada kaum Khazraj sebagai khalifah.



Kriteria terbaik dalam melantik khalifah



Pelbagai pandangan dilontarkan bersama dengan hujah masing-masing di mana antara cadangan ialah agar perlantikan khalifah di pilih daripada kalangan Ansar memandangkan merekalah anak tempatan yag memberi perlindungan dan bantuan kepada Rasulullah s.a.w dan para muhajirin yang datang dari Mekah. Manakala Sayyidina Abu Bakar pula mengesyorkan agar jawatan khalifah ini diberikan kepada orang Quraisy berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Khalifah hendaklah dipilih daripada kaum Quraisy yakni muhajirin. Di samping itu alasan Sayyidina Abu Bakar lagi bahawa kaum Muhajirin merupakan golongan pertama memeluk Islam tanpa menafikan bakti dan segala jasa yang telah dihulurkan oleh golongan Ansar dari kaum Aus dan Khazraj. Beliau menambah lagi bahawa jika jawatan itu diserahkan kepada golongan Ansar maka ia akan memberi kesan yang negatif kepada masyarakat Islam kerana golongan Ansar terdiri daripada dua suku kaum yang terbesar dan terpengaruh di mana sudah pastinya akan timbul peristiwa perpecahan antara keduanya sebagaimana sebelum kedatangan Islam disebabkan tidak puas hati dengan perlantikan salah satu daripada kedua kaum tersebut sebagai khalifah.Mendengar penjelasan Sayyidina Abu Bakar lalu Hubab bin al-Munzir dari kaum Khazraj bangun mencadangkan agar dua orang khalifah dilantik iaitu seorang daripada golongan Muhajirin dan seorang lagi daripada golongan Ansar. Sayyidina Umar menolak cadangan ini kerana dua orang ketua tidak boleh memimpin dan mentadbir sebuah negara di mana perselisihan faham antara keduanya sering berlaku yang membawa kepada keruntuhan negara.



Baiah di atas perlantikan Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah



Pertikaian menjadi bertambah hangat sehinggalah Sayyidina Abu Bakar tampil menenangkan suasana dan menyejukkan perasaan golongan Ansar dengan kata-katanya : Kami adalah Umara' (ketua) dan kalian adalah Wuzara'(menteri pembantu). Kata-katanya ini disokong oleh Saad bin Ubadah dan kemudiannya Sayyidina Abu Bakar memberikan nama cadangannya iaitu Sayyidina Umar dan abu Ubaidah bin al-Jarrah sebagai calon untuk dilantik sebagai khalifah. Walau bagaimanapun Sayyidina Umar dengan pantas mengangkat tangan Sayyidina Abu Bakar dan membaiahnya atau janji setia terhadap perlantikan Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah. Beliau telah berkata : " Demi Allah! aku lebih suka dibawa ke hadapan lalu ditebas leherku tanpa dosa daripada diangkat sebagai pemimpin suatu kaum di mana terdapat Abu Bakar". Setelah mendengar kata-kata Sayyidina Umar lalu semua yang hadir terus membaiah Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah tanpa pertikaian lagi termasuk Saad bin Ubadah.



Kontroversi yang ditimbul di atas perlantikan Sayyidina Abu Bakar



Antara kontroversi yang ditimbulkan dalam perlantikan Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah ialah ketidakhadiran Sayyidina Ali dan keluarga Rasulullah s.a.w yang lain. Ada fakta yang menyatakan bahawa Sayyidina Ali memberi baiah kepada Sayyidina Abu Bakar selepas enam bulan beliau menjawat jawatan Khalifah. Kegagalan Sayyidina Ali untuk turut hadir dalam pertemuan di Bani Saqifah kerana kesibukan dalam menguruskan jenazah Rasulullah s.a.w dan setelah itu beliau terpaksa pula menjaga isterinya Sayidatina Fatimah yang merupakan puteri Rasulullah s.a.w yang sakit tenat. Selepas kematian Siti Fatimah barulah Sayyidina Ali memberi baiah kepada Sayyidina Abu Bakar.



Jika diteliti tentang proses perlantikan Sayyidina Abu Bakar maka kita dapat mengesan mengenai adanya 3 aliran berkaitan dengan perlantikan ini. Aliran Syiah yang dikatakan penyokong Sayyidina Ali dan keluarga Rasulullah s.a.w, golongan kedua daripada kaum Quraisy yang bukan daripada bani Hashim dan ketiganya kaum Ansar yang merupakan anak tempatan Madinah.2 riwayat daripada al-Tabarani menukilkan tentang kontroversi ini yang bersumberkan daripada Ibnu Ishak dan al-Zuhri.



Golongan Syiah berpegang kepada riwayat Ibnu Ishak yang menyatakan bahawa nabi s.a.w pernah memberitahu sahabatnya : " Bahawa dia (Ali) adalam Imam, saudaraku, penggantiku dan khalifahku. Maka hendaklah kalian dengar dan patuh kepadanya". Ini ada kaitannya dengan ucapan Rasulullah s.a.w di Ghadir Khum sebuah kawasan yang terletak berdekatan dengan Juhfah antara Mekah dan Madinah. Peristiwa ini berlaku sewaktu dalam perjalanan pulang daripada mengerjakan haji di mana baginda telah mengangkat tangan Sayyidina Ali dan menyatakan bahawa beliau merupakan pemimpin.



Sumber kedua daripada al-Zuhri pula menyebut bahawa sewaktu baginda berada dii dalam keadaan gering maka Abbas bin Abdul Muttalib meminta agar Sayyidina Ali bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w tentang siapakah yang akan dilantik menjadi penggantinya. Bagaimanapun Sayyidina Ali tidak memenuhi permintaan tersebut kerana beliau merasakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak akan memberikan jawapannya.



Kembali kita kepada sumber Ibnu Ishak di mana menurut golongan Syiah maka ia dikatakan sebagai hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Arqam al-Ansari. Sumber inilah yang meyakinkan mereka bahawa sepatutnya Sayyidina Ali dilantik sebagai khalifah bukannya Sayyidina Abu Bakar. Peristiwa ini turut dinukilkan dalam kitab sirah termasuk Sirah Ibnu Hisyam yang mana kebanyakan sumbernya daripada Ibnu Ishak. Sekiranya benar Rasulullah s.a.w pernah bersabda tentang kelayakan Sayyidina Ali sudah pasti para sahabat terutama Sayyidina Abu Bakar sendiri tidak akan berdiam diri dalam melantik Sayyidina Ali sebagai khalifah. Kesahihan hadis ini boleh dipertikaikan kerana Ibnu Ishak dikatakan condong kepada pemikiran Syiah di mana beliau sendiri pernah berdebat dengan Imam Malik dalam mempertahankan ideologinya. Hadis ini juga tidak ditemui dalam kitab sahih dan sumber ini bercanggah dengan sumber daripada al-Zuhri. Ini juga menunjukkan seolah-olah Sayyidina Ali sendiri tidak mengetahui tentang wasiat yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w mengenai perlantikan beliau.



Kelayakan Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah



Sayyidina Abu Bakar memiliki kriteria yang selayaknya untuk menjadi khalifah. Rasulullah s.a.w sendiri sering memberikan kepercayaan kepada beliau antaranya tentang persetujuan baginda terhadap pandangan beliau sewaktu menyelesaikan kes tawanan perang Badar, keduanya Sayyidina Abu Bakar telah diberikan kepercayaan dalam mengedalikan urusan haji ke Mekah pada tahun 10 Hijrah dan beliau juga berperanan sebagai imam solat menggantikan baginda pada 11 Hijrah sewaktu baginda uzur. Walau bagaimanapun ia tetap menimbulkan pertanyaan samada kesemua kriteria yang disebut tadi merupakan isyarat daripada Rasulullah s.a.w yang menginginkan Sayyidina Abu Bakar menjadi pengganti atau pun tidak.



Rasulullah s.a.w tidak meninggalkan walau sehelai wasiat tentang penjawatan khalifah sebaliknya baginda meninggalkan urusan pemilihan ini kepada umatnya sendiri. Mereka perlu berdikari setelah pemergian baginda. Cara ini merupakan salah suatu petunjuk bagaimana politik Islam adalah berbentuk anjal iaitu memberikan peluang dan ruan kepada umat Islam dalam mengatur masa depan mereka mengikut keperluan dan keadaan yang berubah-rubah.



Wednesday, February 11, 2004

.:Pewaris:.



Khalifah



Khalifah Islam adalah satu jawatan terpenting dalam struktur masyarakat Islam dan negara. Beliau berperanan sebagai penentu tampuk pentadbiran, penuju ketaatan dan pemegang amanah Allah yang tertinggi dalam menguatkuasa syariat Allah di muka bumi ini. Kewafatan Rasulullah s.a.w bersama dengan peninggalan yang besar kepada para sahabatnya iaitu sebuah negara Islam untuk ditadbir dan pelbagai permasalahan umat untuk diselesaikan. Di sini akan diterangkan secara ringkas mengenai maksud khalifah yang dipetik melalui beberapa takrifan ulama' sebagai pengetahuan kita bersama.

Khalifah ialah kalimah mufrad(singular) yang membawa maksud seorang manakala khulafa' adalah kata jamaknya (plural). Jawatan khalifah ini muncul selepas kewafatan Rasulullah s.a.w dengan tugasannya mentadbir dunia dan menjaga martabat agama dengan mematuhi hukum syariat demi untuk mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Manakala khilafah pula merupakan institusi pemerintahan Islam yang berdasarkan kepada Al-Quran dan al-Hadith.



Menurut al-Mawardi, al-khilafah membawa maksud al-Niyabah iaitu pengganti kepada penguatkuasa hukum syarak iaitu Nabi s.a.w dalam menjaga agama dan mentadbir urusan dunia. Abu al-A'la al-Maududi juga sependapat dengan al-Mawardi sebagaimana katanya bahawa makna khilafah ini boleh disamakan dengan amanah dan keduanya tidak boleh dipisahkan.



Dr Abdul Aziz Salim menghuraikan bahawa jawatan khalifah ini memegang dua tugas yang utama iaitu berkuasa penuh di dalam urusan agama Islam dan yang keduanya berkuasa penuh dalam urusan dunia dengan melihat kepada maslahat umum.



Apabila menyoroti historikal sejarah Islam maka kita akan bertemu dengan era pemerintahan khulafa' ar-rasyidin selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Kita dapat melihat bagaimana para sahabat begitu tertib, teliti, bersatu dan bijak dalam menyelesaikan masalah perlantikan khalifah memandangkan Rasulullah s.a.w sehingga kewafatannya tidak pernah menentukan siapakah yang berhak menggantikannya.Dalam menerangkan mengenai cara perlantikan khulafa' ar-rasyidin maka akan diterangkan satu persatu mengenainya bermula dengan perlantikan Sayyidina Abu Bakar as-Sidiq sehingga Sayyidina Ali bin Abi Tolib.

Tuesday, February 10, 2004

.:Teknokrat Hizbullah:.



Assalamualaikum wrt,

10.15 pagi

Alhamdulillah selesai satu paper...aku ke toshokan sementara menunggu masa untuk janjitemu bersama Moriguchi Sensei pada 11.00 pagi...



Seperti biasa aku ke bahagian majalah dan ke bahagian Bahasa Inggeris....aaa..Newsweek baru...Newsweek memang antara majalah pilihan selain National Geographic, Reader's Digest, ngan Time.



sempatlah baca beberapa kolum...



Hizbullah

Pada bahagian permulaan Newsweek menyiarkan kolum mengenai masyarakat Arab yang sekarang berminat kearah melihat perkembangan Hizbullah di Lubnan.Masyarakat Arab kebanyakannya kecewa dengan pemimpin mereka termasuklah kegagalan Yasser Arafat dalam menangani isu Palestin.Ketegasan Hizbullah berbanding kelembutan pemimpin Arab terhadap Israel membuatkan masyarakat Arab semakin menghampiri dan mengenali Hizbullah.Malah pemimpinnya iaitu Syeikh Nasrullah menjadi idola sesetengah masyarakat Arab.



.:Teknokrat Hizbullah:.

Proses pembinaan peribadi Hizbullah seharusnya menjadi perhatian kita....Pemuda.Kisah pengorbanan dalam ashabul ukhdud sepatutnya dijadikan panduan dan teladan.Pemuda yang memilih jalan Islam dan rela syahid.Pemuda perlu memastikan penglibatannya di dalam dakwah sesuai dengan kemampuannya.



Kolum lain di Newsweek menyentuh mengenai Iraq dan ada juga kolum mengenai Mr.Nice Guy dari Malaysia iaitu Perdana Menteri kita.Cerita lanjut sila baca sendiri....



11.00 pagi

Aku pergi ke bilik sensei, tingkat 5 blok Applied Chemistry...bilik hujung.Bau tingkat 5 nie...paling lah yang aku tak gemar...mungkin dari bau ekis..maklumlah tingkat 5 nie untuk kenkyu biseibutsu...



"Shitsureishimasu...."selepas berborak dengan sensei lebih kurang 15 minit aku keluar dari biliknya...lega.



Paper seterusnya adalah pada 17 Feb....erm...peluang untuk memperkemaskan ingatan ada lagi...Alhamdulillah.



.:teknokrat Hizbullah:.



Monday, February 09, 2004

.:KENAPA AKU DIUJI?:.







Assalamualaikum wrt,



KENAPA AKU DIUJI?



"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



Hari nie pergi Dai untuk exam dengan penuh keyakinan...Alhamdulillah...dapat jawab..tunggu keputusan jer.



9.30 malam

Aku melayari IPIJLink untuk mencari bahan untuk blog...tengok-tengok....aiii ada alien plak kat muka depan...sah kena hack.

Pulak daah...

Ada-ada jer....orang tengah exam plak dia buat hal...



So kepada pelayar setia IPIJLink...bersabarlah sehingga dapat dibaiki.Tentu ada hikmah disebaliknya.



BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?



"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai

kemenangan)."

-Surah Al-Imran ayat 200



"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45





Sunday, February 08, 2004

.:Bilal bin Rabah r.a:.



Assalamualaikum wrt,



Besok bermulalah musim exam bagi aku....maka malam nie tak dapat nak bercerita panjang...doakanku kejayaan



8.20 pagi



Pepagi lagi aku membuka laman akhbar Utusan untuk mengetahui perkembangan tanahair.Muka depan lagi dah terpampang gambar tragedi - Penyiasat DBKL dipercayai dibunuh dan dibakar....apa nak jadi Malaysia???



Beberapa hari lepas aku dikejutkan dengan mail dari teman dari UPM....ada kakitangan yang membunuh diri pulak.Apa yang berlaku nie???



Pasal di UPM...cerita lanjut daripada saudara Rudy Bluehikari



Bilal bin Rabah r.a



Kelahiran dan riwayat hidup beliau:

- Bilal bin Rabah dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 Sebelum Hijrah.

- Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf.

- Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam. Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas permukaan bumi ini iaitu: Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar bin Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Al-Miqdad bin Al-Aswad.

Kelebihan beliau:

- Bilal menjadi tukang azan Rasulullah s.a.w sepanjang hidup beliau. Pernah berlaku suatu ketika semasa Rasulullah s.a.w wafat, Bilal mengumandangkan azan tetapi apabila sampai kepada perkataan:



Asyhadu Anna Muhammadar-Rasulullah



Yang bermaksud: Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah. Bilal menangis tersedu-sedu kemudian meminta daripada Abu Bakar r.a supaya mengecualikan beliau daripada azan kerana beliau tidak dapat lagi menanggung kesedihan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

- Setelah itu Bilal pergi bersama-sama dengan delegasi dakwah pertama umat Islam kemudian beliau tinggal menetap di Darya (sebuah tempat berhampiran dengan Damsyik) sehinggalah Al-Faruq Umar bin Al-Khattab datang ke Damsyik dan meminta Bilal supaya mengumandangkan azan sekali lagi kerana Umar terlalu mengasihi dan menghormati beliau. Umar pernah berkata: "Abu Bakar adalah tuan kita dan beliau telah memerdekakan tuan kita", maksudnya ialah Bilal r.a.

- Apabila Bilal mengumandangkan azan, Umar dan seluruh para sahabat yang ada pada masa tersebut yang pernah mendengar suara azan tersebut pada zaman Rasulullah s.a.w terus menangis tersedu-sedu kerana mereka terlalu terkenangkan suara azan tersebut dan perasaan mereka terlalu tersentuh menyebabkan mereka semua menangis.



Kematian beliau:

- Bilal bin Rabah meninggal dunia setelah beliau mengalami sakit tenat di mana pada hari-hari tersebut beliau sering menyebut: "Besok kita akan bertemu dengan para kekasih ... Muhammad dan sahabat baginda". Semoga Allah meredai beliau dan membalas segala jasa yang telah beliau berikan kepada Islam dengan balasan yang baik.

Saturday, February 07, 2004

.:The Merit of Knowledge:.







Assalamualaikum wrt,



Musim exam yang tiba membuatkan aku hanya berada di bilik, hendak keluar pun rasa tak selesa, lebih baik study dan mengingat.



12.00

Aku menekan butang pada remote TV untuk melihat bangumi(rancangan) favourite setiap Sabtu...Yoshimoto Shin Hideki...heheh...sejak 1 nensei, aku mesti berada depan TV setiap Sabtu 12 tgh...kalau tiada perancangan lain.Rancangan nie macam sitcom, aku tengok rancangan nie....sebab untuk faham bahasa Jepun...dan memang aku rasa ada kesannya.



1.00

Selepas Zohor aku kembali ke kotatsu (meja panas) untuk sambung study....sambil-sambil mendapat maklumat daripada rancangan ~Toribia~.Walaupun ada benda yang rasanya tak perlu tahu...tetapi kadang-kadang dapat sesuatu yang menarik.Contohnya daripada rancangan nie, baru aku tahu bendera Libya hanyalah berwarna hijau tanpa corak ataupun apa-apa lakaran.Kan menarik tu...!



Kekadang ilmu nie kita dapat daripada sumber yang kita tidak sangka-sangka.Cuba hayati kisah Imam Ghazali...



Suatu hari ketika Imam Ghazali dalam usia masih remaja di mana dia berjalan pulang ke rumah dari tempat pengajiannya. Tiba-tiba dalam perjalanannya, dia telah ditahan oleh sekumpulan perompak. Perompak itu bertanya tentang barang yang ada di dalam kantungnya lalu imam Ghazali mengatakan bahawa ia hanya kitab-kitab pengajiannya bukannya barang kemas. Perompak itu tidak percaya lalu merampas kantung itu lalu melihatnya dan memang benar cakap imam Ghazali bahawa di dalam kantung tersebut hanya berisi kitab.



Sebelum perompak itu memulangkan semula kantung itu lalu dia bertanya imam Ghazali tentang akibat jika kitab itu dirampas, hilang atau musnah di mana apakah yang akan terjadi kepada diri dan ilmu yang dipelajarinya selama ini. Imam Ghazali dengan tulus ikhlas menyatakan bahawa kitab itu adalah penting kerana semua catatan pengajian ada di dalamnya di mana jika ia hilang maka ilmunya turut terjejas. Kemudian perompak itu meminta agar imam Ghazali jangan hanya menyimpan ilmunya di dalam kitab sahaja bahkan dia mesti bersungguh untuk menghafaz sehingga segala ilmu melekat di dada.



Semenjak hari itu imam Ghazali sentiasa menghafaz segala ilmu yang dipelajari agar tidak hanya tertulis di dalam kitab sahaja.



1.20 petang



Pekan menyapa aku di YM....dia nak ke machi (bandar)....heheh...awal-awal lagi aku cakap nak study.Memang aku nak keluar tapi cuaca yang sejuk begini..fahem-fahem jerlah yer...



Aku sambung membelek nota...rugi pulak tak keluar ngan pekan...dia nak belanja makan kat Tempe...kedai Tempura yang selalu bebudak Oita kunjungi untuk makan.Memang pakcik ngan makcik tuan punya kedai tu dah kenal kitaorang...sebab selalu sangat pegi.



7.00 malam

Siaran langsung perlawanan bola antara Jepun-Malaysia...lawan di Ibaraki...hehe...kalau kekawan seusrah kat Malaysia tahu, mesti diorang gelak sakan...sebab sebelum datang Jepun manalah aku suka tengok bola, main pun tak reti!So, tak retilah aku nak komen pasal permainan pasukan Malaysia tadi, yang aku tau...Malaysia-0, Jepun-3 selepas berakhirnya separuh masa pertama.



Sebab dah takder minat nak lihat perlawanan sampai habis, aku ajak Pnut untuk makan di Joyfull...Puji ngan Kadok pun ikut sekali untuk makan,Abo datang selepas habis perlawanan bola di TV...Malaysia-0,Jepun-4...aku senyum jerlah.



Nie laa geng yang selalu penuhkan tempat di Joyfull Shikido-Ten.Memang kekadang habiskan harta di Joyfull, terutamanya musim exam begini...dapat Cappucino pun ok.



Quote : Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

Friday, February 06, 2004

.:Lelaki Acuan Al-Quran:.



Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman

Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT

Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu

Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala

Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya

Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar

Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu



Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya

Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya

Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya

Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung

Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang



Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya

Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga

Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga

Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam

Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya

Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat



Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya

Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW

Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara

Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya



Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa

Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca

Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir

Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan

Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan

Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan



Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati

Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat

Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan

Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian



Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia

Kerana Dia Mengimpikan Syurga

Di Situlah Rumah Impiannya

Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

Thursday, February 05, 2004

.:Usia yang Penuh dengan Cita-Cita yang Tinggi:.



Assalamualaikum wrt,



Sesunggguhnya mereka adalah pemuda yang beriman kepada tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk .

Al Kahfi Ayat : 13





Aku hanya benkyou di rumah hari nie, angin bertiup kuat di luar...



2.15

Lepas makan tengahari, aku melayari laman-laman web untuk membaca berita-berita terkini terutamanya dari tanahair.Tiada berita yang menarik bagi aku untuk hari ini, kecuali pengumuman ahli Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia....harap-harapnya imej polis-polis dapat dibersihkan dan ditingkatkan dengan penubuhan suruhanjaya nie.



Aku meneruskan pemerhatian pada laman lain, dan berjumpa sesuatu yang menarik.....berkenaan Pemuda.

Aku pernah lampirkan tulisan yang sama pada blog sebelum ini...tapi rasanya elok juga kalau di tulis semula...



Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam. Menurut as-Syeikh Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi ialah:-



usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi

usia yang mengalir darah yang gemuruh

usia yang tinggi idealisme yang luas

usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula

usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.



Ustaz Din dalam amanatnya kepada Pemuda juga menulis..(aku tulis sebahagian..nak lagi carik sendiri..hehe)



Pertarungan semakin sengit , badai perjuangan kian meruncing dan halangan bertambah getir , namun kemenangan mesti dicapai . Justeru itu wahai pemuda sekelian , bayarlah harga kemenangan tersebut meskipun terpaksa mengorbankan tenaga , harta dan nyawa.



Kumpulkan seluruh kesedaran aqal mu

Kumpulkan seluruh kekuatan jiwa mu

Kumpulkan seluruh keyakinan aqidah mu



Usia yang Penuh dengan Cita-Cita yang Tinggi



Sememangnya pemuda..terutama bila dilihat pada diri sendiri sememangnya pada usia ini adalah masa yang penuh dengan cita-cita yang tinggi.Semua benda nak dibuat, semua bidang mahu diceburi, semua cabaran mahu ditempuhi.

Cuma mengharapkan cita-cita itu bukanlah angan-angan yang memakan diri.

Dalam mengejar cita-cita itu seharusnya pemuda dan pemudi juga mempersiapkan diri dengan segala macam persiapan.Seharusnya mendepani cita-cita berdasarkan realiti dan ilmu yang bernasabkan Islam dan secara seimbang dan sederhana.

Menjadi Pemuda bermakna bersedia untuk menghadapi tanggungjawab dan cabaran.Menjadi Pemuda bermakna bersedia untuk menyediakan diri menjadi yang terbaik.

Generasi pemuda merupakan generasi Rabbani dan ikhlas yang bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah kepadanya.



8.15 malam

Kami di Oita berkumpul untuk Solat Isya' dan juga bacaan Yasin dan juga pengisian rohani....berkongsi tentang Dunia yang dicela.Input-input mengenai bahaya keduniaan yang tidak membawa ke akhirat daripada kitab Bimbingan Mukmin.



wallahu a'lam

Wednesday, February 04, 2004

.:Universal Donor:.



Assalamualaikum wrt,



5.30

Aku terus membuka peti surat selepas pulang daripada benkyou di sekolah.Ada sekeping kad daripada Oita-Ken Red Cross Blood Center.



Baru-baru nie aku ada berderma darah semasa kempen di sekolah.



Maklumat lain aku tak dapat nak pastikan ia adalah baik atau tidak pada badan aku....tetapi 2 maklumat yang aku nantikan iaitu Jenis darah dan Rhesus



Darah aku jenis O dan Rhesus positive (Rh+)



Darah O adalah disebabkan allele o.Oleh kerana setiap individu mempunyai 2 allele, maka yang berdarah O adalah daripada dua allele atau genotype oo.......o adalah allele yang recessive (tidak berkuasa). Oleh kerana allele o tidak kuat, ia selalunya di tulis dengan huruf kecil.



The Sea is Deep, The Sky is High

Ada sahabat bertanya kenapa aku tak habiskan ayat pada "Perlu menyelam untuk mencapai mutiara...." dalam blog semalam.



Daripada pemikiran aku yang tak panjang nie...aku boleh kata...

Adakah perlu untuk menyamakan 'mendapat kejayaan dengan mencapai mutiara di lautan' dengan 'mendapat kejayaan dengan mencapai bintang di langit'



Jika mutiara dapat dicapai dengan tangan tetapi manfaat akhirnya adalah cincin atau kalungan...kejayaannya adalah cincin atau kalungan itu.



Tidak mungkin dapat mencapai bintang melainkan dalam mimpi, maka dapatkanlah manfaat daripada bintang itu.Bukankah matahari itu bintang yang memberi cahaya pada siang hari?Bukankah bintang itu memberi panduan pada musafir....itulah kejayaanya.



Hikmah sebenar adalah pada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui.



Alamak..bersastera pulak malam nie...



Universal Donor



Yang berdarah O tidak dapat menerima darah dari A, B, atau AB......tetapi dia boleh mendermakan darahnya kepada sesiapa pun....ureshii



Quote : Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.







Tuesday, February 03, 2004

.:The Sea is Deep, The Sky is High:.



Assalamualaikum wrt,



12.00 tgh



Selepas kelas aku terus ke toshokan untuk benkyo, perghh...penuh lagi.Aku ke tempat semalam...yappari sudah diambil orang.Semua personal block dah penuh.Takkan nak ambik meja utk 4 orang...mmmph



Aku ke bilik rygakusei akhirnya...tiada sesiapa pun...tapi lampu terpasang...sapalah yang tak tutup..agaknya dari semalam!!



Sementara menunggu waktu Zohor masuk, aku membelek nota...



"Assalamualaikum..."Abang Mi masuk sambil memberi salam.Alhamdulillah ada teman berjamaah.



Abang Mi adalah student pHD di Oita..sama macam aku...dia pun amik Chemical Engineering.Akan pulang ke Malaysia Mac nie.Abang Mi dah macam abang kami sendiri di sini, pertolongan, nasihat, selalunya daripada dia.Dia dan famili...isteri dan dua anaknya menjadi penyeri dan penghilang rindu kami kepada keluarga...



Abang Mi sibuk membelek pamplet rental car..utk sewa lori..buat angkut barang-barang ke kontena.Aku meneruskan benkyou sambil sembang-sembang.



12.40

Zohor berjamaah - berdua



Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar

Lailaha illaLlah HuwalLahu Akbar

Allahu Akbaru Wa liLlahil Hamd



kesempatan diambil untuk bertakbir bersama kali terakhir mungkin...di Oita.



Lepas solat, Abang Mi buka cerita pasal kerja dan pengalaman...memang orang yang lebih usianya...lebih pengalamannya.Bermula dengan memilih bilik kenkyu(research) hinggalah kepada pekerjaannya sekarang...memang mendebarkan.Banyak nasihat yang diberi untuk kemudahan aku.



Abang Mi bercerita pula mengenai Malaysia dan masyarakat sekelilingnya...termasuklah bab politik gak.

Memang dalam kita bermasyarakat akan bertemu dengan bermacam-macam orang, dan bagi Abang Mi seronok jika kita dapat berinteraksi dengan orang yang bermacam ragam itu.Begitulah resam bermasyarakat.



The Sea is Deep, The Sky is High



Hendak mencapai kejayaan bukanlah senang kerana kejayaan itu ibarat mutiara di laut, atau bintang di langit.Perlu menyelam untuk mencapai mutiara....



Quote: Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Monday, February 02, 2004

.:Why not?:.



Assalamualaikum wrt,



Selepas sarapan dengan roti dan kuzi (sajian turun temurun family semasa raya) aku keluar untuk ke kelas.



Opps...payung...bersedia kerana mendung dari awal pagi.



12.00 tengahari

Selepas habis kelas aku terus ke toshokan(library) memandangkan Zohor masuk lagi setengah jam.Seperti musim exam yang lain, sekali lagi toshokan penuh dengan penuntut.Peperiksaan akhir semester akan bermula minggu depan.



Aku membelek kitab Kimia Organik...menyalin beberapa perkataan yang perlu dihafal dalam dua bahasa-Jepun-English ke kertas hafalan.



Bab kesepuluh menjadi tumpuan aku kerana ia adalah tajuk yang baru diajar tadi...



belek-faham-ingat



12.40

Nihonjin sebelah aku meninggalkan meja, agaknya ada kelas....aku meneruskan taalim



1.30

Allah....Zohor belum lagik...aku bergegas ke bilik ryugakusei(foreign student) untuk solat.Bilik kosong, semua ada kelas nampaknya...kalau tak mesti ada seorang dua untuk ditanya khabar.



'Purification of Soul'



Aku kembali ke toshokan dan minum kopi di bilik minum dan menyambung bengkyou.



2.30



Ke kelas terakhir hinshitsu kanri

Seperti biasa di kelas ini aku berteman rakan nihonjin di sebelah kanan.Sampai kehari ini aku masih memikirkan bagaimana untuk menjelaskan tentang Islam kepadanya.Walaupun dia tahu serba sedikit tentang aku yang tidak makan khinzir, dan tidak minum...rasanya belum cukup untuknya memahami Islam.Ya Allah bantulah...



Kalau kita boleh belajar bersamanya, di bilik jikken pun bersama, mengapa tidak aku luangkan sedikit untuk memperkatakan tentang Islam yang jelas kepadanya.Ya Allah bantulah...



4.00

Kelas berakhir dan aku terus pulang, sementara kawan tadi meneruskan kelas yang lain...jumpa lagi besok,bye-bye aku mengakhiri perbualan.



Semoga akhlakku, tutur kataku adalah dari akhlak Islam- yang memberi identiti kepadaku.



Quote:Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.









Sunday, February 01, 2004

.:Commemoration for the willingness:.



Eidul-Adha



Seawal pagi aku dikejutkan dengan kebisingan bilik sebelah....mabuk lagi lah Jepun sebelah nie...



Aku melihat jam di keitai..... 3.17 pagi...ermm awal lagi, tapi aku dah tak boleh melelapkan mata dengan nyenyak, sekadar tidur-tidur ayam antara sedar dan tidak.



5.30 pagi keitai berbunyi menandakan masa untuk bangun



'Purification of Soul'



Selesai Solat Subuh aku bermalas ke dapur....kena masak nasi untuk jamuan al-adha....nasi bukhari daging



8.30 pagi



Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar

Lailaha illaLlah HuwalLahu Akbar

Allahu Akbaru Wa liLlahil Hamd



Para A'idiin dan Faaiziin hari ini diperingatkan sekali lagi tentang keadaan umat Islam kontemporari, diperingati dengan kegagalan ummat Islam dalam menjalankan kewajipan sebagai muslim dengan sebaiknya.



Akibatnya adalah Islam terhijab dengan muslimin.



Diperingati oleh khatib untuk kembali mengamalkan ajaran Islam sebenar dalam kehidupan sehari-hari.



Selepas bersalaman, kami menjamu selera....kalau di tanahair sudah tentu sudah berada di padang untuk ibadah korban, nasib baik Al-Adha tahun ini jatuh pada Ahad, kalau tidak beraya di kelas.



Sambil makan bersama rakan-rakan, aku mengira sahabat yang akan pulang pada Mac nanti, pulang selepas berjaya dalam pelajaran masing-masing....alamak Oita nanti tinggal separuh dari hari ini.



Patah tumbuh hilang berganti....begitulah adatnya, kembalinya diorang ke tanahair akan diganti dengan yang baru, yang muda, yang lebih bertenaga.Harapannya Oita seceria sekarang dan aktivitinya pun seperti sekarang.



Commemoration for the willingness



Eidul-Adha yang sentiasa tidak sunyi daripada menyebut tentang pengorbanan nabi Ibrahim sepatutnya juga menjadi ingatan untuk kita dalam mempertahankan kesucian Islam.Tiada kemenangan tanpa perjuangan dan tiada perjuangan tanpa pengorbanan.



Quote:Sesuatu perjuangan terutama dalam menegakkan seluruh sistem Islam berakhir dengan dua natijah atau keputusan besar samada meraih kemenangan atau gugur sebagai pejuang yang terus dikenang tetapi apa yang paling penting ialah mendapat keredhaan Allah ke arah mendapat kebahagiaan di dunia sementara dan negeri akhirat yang kekal selamanya.Tanpa pengorbanan generasi silam maka Islam tidak mampu tersebar luas sebagaimana yang kita kecapi pada hari ini.



Seharusnya kita juga sanggup untuk menghadiahkan sesuatu untuk generasi kita akan datang.



Quote:Agar generasi kita dimasa hadapan bangga dengan apa yang kita wariskan.



wassalam