.:Remaining Value:.
Pepagi lagi tekak terasa kering semacam....agaknya kesan dari tidur bawah kotatsu.Pagi nie takder buat apa-apa, dari pagi hujan saja di Oita.Semoga dengan hujan ini jadilah Oita sebuah DarulNaim...
Bro Jamaludin call pagi-pagi lagi mengatakan yang dia akan ke Oita pada sebelah petang.Bro Jamal dari Tokyo..InsyaAllah akan masuk APU(Asia Pasific Univ.) di Beppu...bertambah lagi warga Melayu di Oita.
Teringat keadaan adik...aku hantar mail bertanya keadaannya.Sememangnya dia tidak sihat...rehatlah..semoga sihat nanti...balasku dalam mail.Memang dengan perubahan musim dan juga unsur-unsur lain mudah buat kita tak sihat disini.
Tengahari....Faizal...datang bilik untuk lunch bersama...
'Nasik abang dah masak,tinggal lauk jer'...
'Nie...sardin, dari Malaysia'...hehe...Faizal baru balik dari tanahair...bawak sardin dia...hilang rindu pada sardin Malaysia...arigatou.
Ampunkan Dosaku:.
Sambil makan kami menonton VCD Melayu...dah lama tak tengok citer Melayu asli.Ampunkan dosaku, pelakon yang aku kenal Fauziah Nawi sahaja...yang lain tak tau plak.Kepada anak-anak muda aku susumekan citer nie.Sayangi mak kita dan jangan menderhaka...fuuh...nangis kitaorang.
Tangisan Pemuda...bukan sahaja kerana jalan cerita, tetapi juga kerana takut terjebak dalam masalah yang sama....Ya Allah Yang Maha Memelihara...jauhkanlah kami dari menderhaka kedua ibu bapa.
Bro Jamal sampai lebih kurang jam lima, ingatkan dia bawa family sekali...rupanya member-membernya 3 orang.Isteri dan anak-anaknya ditinggalkan dirumah di Beppu...agaknya penat selepas perjalanan panjang semalam.Takpalah...InsyaAllah banyak lagi masa untuk berkenalan.
Bro Jamal dan membernya pulang selepas maghrib di bilik aku...semoga bertemu lagi.
9 malam - Kami reramai pergi makan sushi...sambil-sambil bawa kohai ( junior) yang baru sampai.Hehe..awal-awal nie payah sikit nak telan ikan mentah tu...biasa-biasakanlah yer...
Hari nie 30hb....semalam tak sempat nak menulis, kelmarin berarak ke Fukuoka mengiringi kepulangan family yang bersama selama 4 tahun, family Abang Mi...sebelum itu di Oita Airport mengiringi family Abang Man yang masing-masing akan pulang ke tanahair.InsyaAllah kita jumpa lagi nanti...masa akan menentukan.
Everything changes and will change, but the memories will remains.Kerana ia Sunnatullah yang sememangnya akan terjadi.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan hari-hari mendatang lebih baik dari hari-hari sebelumnya.
Destinasi pertama kami, Yufuin Machi, sepagi jugak kami bersiar-siar di bandar tanah tinggi nie...amik-amik gambar, bukan senang nak jalan-jalan macam nie...walaupun terasa berat...sahabat-sahabat di tanahair sedang bekerja keras untuk 'itu' , aku kat sini jalan-jalan pulak.Aku doakan dari jauh...
Destinasi kedua kami ke Yufuin Fuji, ryokan(Japanese Lodge) sederhana, untuk mandi kolam air panas...lain dengan tempat biasa sebelum ini, Yufuin Fuji menjanjikan panorama bukit yang seluas mata memandang.Sungguh Allah tidak jadikannya sia-sia.Kebetulan tuan punya lodge pernah pegi Malaysia...gembira dia terima pelawat dari Malaysia.
Dalam perjalanan balik...singgah di Tannoura Beach, solat asar dan jalan-jalan sekitar pantai buatan manusia nie(takder orang mandi musim sejuk camnie)...Kat Jepun nie banyak pantai buatan dan memang mendapat sambutan terutamanya musim panas...tapi kami tak boleh pegi masa tu (mata kena jaga)...


