.:Satu Bukti Dari Al-Quran:.
Assalamualaikum wrt,
Rasanya sudah lama tidak menulis sesuatu yang 'ilmiah'...walaupun hanyalah pada pandangan kerdil Abqari...
Dengan masa yang terhad sebegini, dan dalam suasana yang selalu terkejar-kejar dengan tugasan dan tanggungjawab masih mempunyai masa pula untuk meringankan kepala dengan album terbaru Raihan 'Allahu'...sungguh kreatif mereka dalam menyampaikan mesej Islam, penggunaan rentak yang 'multi' membuatkan kita tidak jemu untuk mendengar...
Salah satu daripada lagu yang membuatkan saya tertarik adalah 'Ababil'
Diambil dari kisah benar dari Al-Quran Allah SWT mematahkan serangan dan perancangan tentera bergajah Abrahah yang mahu memusnahkan Ka'abah serta memusnahkan mereka dengan tentera Ababil.
Dengan realiti semasa yang nampak lebih menguntungkan kuffar, seharusnya umat Islam tidak terikut dengan arus jahiliyyah moden, ataupun tunduk dengan kehendak dan perancangan mereka.
Tindakan mengikut kehendak mereka yang sememangnya bencikan dan dengki pada kemuliaan dan ketulusan ajaran Islam adalah suatu tindakan yang boleh membawa kepada kehancuran kepada umat Islam.Mengikut kehendak mereka umpama mengembalikan ummat kepada suasana jahiliyyah walaupun ia dalam bentuk moden dan nampak boleh diterima.
Umat Islam harus mengkoreksi diri dan merealisasikan konsep kebergantungan sepenuhnya pada Allah.Bukan bermakna bergantung pada ketentuan Allah adalah dengan berdiam diri, tetapi Tawakkal ini semestinya diiringi dengan segala persiapan dan kekuatan dalam segenap bidang.
Serangan Ababil yang merupakan tentera Allah bukanlah satu dongengan, tetapi ianya satu kisah benar yang diceritakan semula oleh Allah di dalam Al-Quran bahawa Allah akan membantu hamba-hambanya yang bertawakkal sepenuhnya kepadanya.
Begitu juga dengan kisah Badar Al-Kubra, yang mana Allah telah huraikan dengan panjang lebar di dalam Surah A-Anfal ayat 8-19 (sila rujuk)dimana Allah telah menghantar malaikat-malaikat sebagai tentera-Nya untuk membantu orang-orang yang beriman.
Kalau mengikut aqal kita yang terbatas ini, sudah tentu tidak logik langsung tentera beriman yang seramai 313 orang itu akan dapat mengalahkan 1300 orang tentera musyrikin.Tetapi itulah ketentuan Allah pada orang-orang yang beriman yang ditetapkan hati mereka pada jalan Allah...
Kisah-kisah ini merupakan satu bukti dari Al-Quran bahawa Allah tetap akan membantu hamba-hambanya yang ikhlas beriman dan Allah akan tetap menjaga mereka...sama ada mereka beroleh kemenangan atau mereka syahid di medan perjuangan.
Semoga ia memberi keinsafan kepada kita...