.:M|y| |B|l|u|e| |Z|o|n|e:.

Friday, June 25, 2004

.:Bukan Untuk Sia-Sia:.

Assalamualaikum wrt,



Bersehari menghadap screen hijau SEM(Scanning Electron Microscope)untuk melihat hasil kejadian Allah.



Hasilnya seperti dibawah Kristal Calcite x300, x2k, x2k mengikut turutan.















Tuesday, June 15, 2004

.:Glass House:.



Saturday, June 12, 2004

.:Keseronokan dan Kesusahan:.

Assalamualaikum wrt,



Selama beberapa hari tidak meninggalkan kisah di blog, agaknya selama itulah beberapa sahabat rindukan coretan di Blue Zone.



Dengan rutin kehidupan seperti biasa, walaupun ia tetap berlainan...



Mengisi hari Sabtu dengan pengisian rohani seawal 8 pagi bersama sahabat-sahabat...dan meneruskan perjuangan di 'research lab' sehingga ke petang.



Mencuba dan mengkaji untuk menghasilkan sesuatu yang baru, sesuatu yang tidak diperolehi secara semulajadi.Ya Allah, jika ia baik untuk kami umat manusia maka hasilkan ia...dan jika ia mendatangkan keburukan...biarlah ia sekadar kajian tanpa penghujung.



Setakat ini sesudah beberapa eksperimen yang dibuat, masih belum berjaya untuk penghasilan Mesoporous Calcium Carbonate...gambar kat atas tu adalah gambar beberapa sample daripada eksperimen yang telah dibuat.



Dan malam ini harus aku bersengkang mata untuk menyiapkan 'progress report' yang akan dibentangkan pada Isnin nanti.Dalam seronok-seronok mengkaji perilaku atom...bersusah-susah pula untuk menyiapkan repot dan melakukan eksperimen.



Takpelah, buat sesuatu yang susah dalam keadaan seronok...moga-moga ia tidak mendatangkan kebosanan...



Tuesday, June 08, 2004

.:Transisi Menuju Kematangan:.

Tajuk : Kebangkitan Gerakan Islam: Dari Masa Transisi Menuju Kematangan.



Tajuk asal : Al-Shahwah al-Islamiyyah min al-Murahiqah ila al-Rusyd.



Penulis : Syeikh Yusuf al-Qaradhawi.



Setiap insan di dalam perjalanan mereka menuju kedewasaan pasti akan melalui beberapa peringkat hidup bermula daripada bayi kepada kanak-kanak, remaja sehinggalah dewasa. Setiap peringkat ini memiliki ciri-cirinya yang tersendiri. Bayi sentiasa perlukan penjagaan, kanak-kanak asyik bermain, remaja sentiasa bersemangat manakala dewasa bersifat matang lagi cermat.



Demikianlah juga dengan gerakan kebangkitan Islam mutakhir ini. Alhamdulillah, gerakan ini kini sudah mula kelihatan dan dirasai di seluruh pelusuk dunia, sama ada di negara yang majoritinya Islam atau bukan Islam. Akan tetapi jika dianalisa dengan mendalam, boleh dikatakan bahawa gerakan kebangkitan ini lebih memiliki ciri-ciri bersemangat daripada berilmu, bersifat terburu-buru daripada bertenang, bersifat cuai daripada cermat dan bersifat baru daripada matang. Dalam ertikata lain, gerakan kebangkitan Islam mutakhir ini lebih mirip kepada ciri-ciri remaja yang dalam perjalanan menuju kedewasaan.



Inilah analisa Syaikh Yusuf al-Qaradhawi dan di atas analisa inilah beliau menulis buku yang khas bertujuan membimbing gerakan kebangkitan yang bersifat remaja ini ke arah kedewasaan yang sepenuhnya. Dalam bimbingannya ini Syaikh al-Qaradhawi telah menggariskan sepuluh poin utama, iaitu:



Pertama: Beralih daripada format dan simbol kepada hakikat dan kandungan. Pada zahirnya kelihatan gerakan kebangkitan Islam hanya menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang mencorakkan simbol dan meninggalkan isi kandungannya yang jauh lebih penting. Umpama seseorang yang selalu membesar-besarkan kedudukan jari telunjuk di dalam bacaan tasyahud solat tetapi di waktu yang sama meninggalkan perbincangan tentang sebab, tujuan dan kepentingan tuntutan solat itu sendiri secara keseluruhannya.



Kedua: Beralih daripada perdebatan kepada perbuatan. Sebahagian gerakan Islam gemar membakar tenaga mengungkit kesalahan dan kelemahan gerakan yang lain. Di waktu yang sama gerakan itu sendiri tidak berbuat apa-apa yang bermanfaat secara menyeluruh kepada Islam dan umatnya. Sikap sebegini perlu berubah. Tenaga dan masa seharusnya dibakar demi manfaat Islam dan umatnya manakala apa-apa kelemahan atau kesalahan gerakan lain seharusnya dibetulkan secara positif.



Ketiga: Beralih daripada sikap emosional kepada sikap ilmiah. Kerana semangat yang berlandaskan emosi tanpa kematangan yang berlandaskan ilmu, didapati sebahagian gerakan Islam cenderungkan mengkritik, melabel dan menghukum sesama umat Islam tanpa berlandaskan ilmu yang sebenar. Bahkan di dalam tindakan itu sendiri jelas terserlah sifat-sifat kejahilan yang keamatan. Sikap sebegini perlu berubah, seharusnya semangat itu didirikan di atas ilmu atau sekurang-kurangnya selari dengan tahap ilmu.



Keempat: Beralih daripada sikap menumpukan perhatian dalam masalah cabang kepada masalah pokok. Seringkali gerakan Islam menumpukan perhatian hanya kepada masalah cabang, seperti membaca Basmalah dengan kuat atau perlahan di dalam solat berjamaah tetapi diwaktu yang sama meninggalkan masalah pokok, seperti orang yang yang tidak bersolat jamaah langsung. Seharusnya gerakan Islam memberi tumpuan yang mendalam kepada masalah pokok dan bersikap toleran dalam masalah cabang. Apa guna mengukuhkan cabang jika pokoknya sendiri amat lemah ?



Kelima: Beralih daripada sikap menyulitkan kepada sikap memudahkan. Islam adalah agama yang sentiasa



berciri-cirikan kemudahan. Akan tetapi sayang sekali sebahagian gerakan Islam memiliki ciri-ciri menyulitkan sehingga menyebabkan banyak orang menjauhi Islam, umpama mereka ada yang memaksa seseorang yang baru hendak memeluk Islam dengan amalan bersunat padahal amalan ini bukanlah sepatutnya menjadi agenda pertama di dalam dakwah kepada kaum bukan Islam.



Keenam: Beralih daripada sikap jumud dan taklid kepada sikap ijtihad dan pembaharuan. Di antara gerakan Islam masih ada yang berpendapat bahawa pintu-pintu ijtihad telah ditutup dan pembaharuan hukum Islam adalah tidak perlu. Mereka memaksa umat Islam untuk bertaklid kepada mazhab-mazhab tertentu sahaja dan apa-apa perkembangan terbaru dalam tamadun manusia adalah sesuatu yang harus ditinggalkan kerana ia, kononnya, tidak dirangkumi oleh syariat Islam. Sikap negatif seperti perlu diubah, pertama kerana para imam mazhab sendiri tidak memaksa umat Islam untuk bertaklid kepada mazhab mereka dan kedua, para imam mazhab sendiri berubah-ubah fatwa mereka selari dengan peredaran zaman dan tamadun semasa kehidupan mereka sendiri.



Ketujuh: Beralih daripada sikap Eksklusif kepada sikap Inklusif. Eksklusif ialah sikap mengunggulkan diri sendiri dan menyisihkan orang lain manakala Inklusif ialah sikap merendahkan diri sendiri agar sama rata mencakupi semua orang. Malang sekali sikap eksklusif, yang mirip kepada sifat Iblis yang enggan bersujud



kepada Adam alaihi salam, telah menjadi ciri-ciri sebahagian gerakan Islam. Masing-masing mengunggulkan gerakan sendiri sehingga akhirnya menjadilah gerakan Islam sesuatu yang berpisah-pisah. Sehurusnya sifat eksklusif ini dikikis dan diterapkan sikap inklusif yang berciri-cirikan jamaah dan kerjasama.



Kelapan: Beralih daripada sikap berlebih-lebihan kepada sikap bersederhana. Islam adalah agama pertengahan, apa yang berpisah daripada pertengahan ini disebut sebagai berlebih-lebihan (Ghuluw). Agama pertengahan ini tidak condong ke sikap remeh dan tidak juga condong kepada sikap fanatik. Sayang sekali ada di antara gerakan Islam yang condong ke arah meremehkan syariat Islam sepertimana aliran liberalisme. Ada juga yang condong ke arah berlebih-lebihan seperti aliran fanatisme. Yang benar gerakan Islam harus berada di antara kedua-duannya kerana ini jalan yang lurus yang akan menghasilkan kejayaan sebenar.



Kesembilan: Beralih daripada sikap berkeras kepada sikap berhikmah. Sebahagian gerakan Islam, kerana sikap putus asa telah beralih daripada manhaj dakwah dengan hikmah kepada manhaj kekerasan dengan senjata. Mereka membunuh jiwa dan melakukan kerosakan harta benda yang akhirnya hanya akan menggagalkan secara keseluruhan usaha kebangkitan Islam. Seharusnya gerakan Islam memiliki sifat sabar dan bertahap-tahap. Tidak boleh menanam benih di pagi hari dan mengharapkan buahnya di petang hari.



Kesepuluh: Beralih daripada pertelingkahan kepada persatuan. Antara faktor utama yang menghalang kejayaan gerakan Islam mutakhir ialah pertelingkahan sesama gerakan atas hal-hal khilaf dan dzanni (hukum yang samar-samar). Padahal syariat Islam mewajibkan umatnya sesuatu yang disebaliknya, iaitu bersatu dan jangan berpecah. Selagi gerakan Islam berpecah dan bertelingkah, selagi itulah kejayaan menjauhi tangan umat Islam.



Demikian sepuluh poin utama yang digariskan oleh Syaikh al-Qaradhawi kepada gerakan Islam mutakhir tanpa khusus kepada mana-mana aliran tertentu. Di dalam memberi poin-poin di atas, Syaikh al-Qaradhawi



telah menegur secara positif beberapa aliran Islam mutakhir yang masyhur seperti Jamaah Hizbut Tahrir, Jamaah Tabligh, Jamaah Jihadi, Jamaah Wahabiyyah, Jamaah al-Albaniyyun, Jamaah al-Jamiyyun (pengikut Syaikh Rabiah al-Madkhali), Jamaah Syururiyyun, Jamaah Ikhwan al-Muslimun, Jamaah Sufisme dan tareqat-tereqat mereka dan pelbagai lagi.



Buku ini sangat dianjurkan kerana gerakan kebangkitan Islam di Malaysia juga tidak lagi daripada pelbagai



kelemahan dan kekurangan sepertimana yang digariskan oleh Syaikh al-Qaradhawi. Gerakan kebangkitan Islam di Malaysia masih berada di tahap remaja dan sangat-sangat memerlukan bimbingan untuk mencapai tahap dewasa secepat agar segala misi perjuangan mereka dapat membuahkan hasil sebaik mungkin.

Sunday, June 06, 2004

.:Kehidupan & Kemuliaan:.

Wasiat Sheikh Abdullah Azzam



Wahai kaum muslimin...



kehidupan adalah jihad

kemuliaan juga berasal dari jihad

kewujudan di atas muka bumi ini, terikat dengan jihad

agama Allah tidak akan tertegak tanpa jihad, tanpa peperangan, tanpa darah dan air mata kejarlah kematian kerana ia akan memberikan kehidupan yang hakiki

hindarkanlah diri dari merasa hebat dengan jumlah kitab yang dibaca

janganlah merasa megah dan mencukupi dengan solat-solat sunat yang telah dibiasakan itu



Wahai para ulama...



majulah untuk memimpin generasi ini yang dahaga untuk kembali kepada tuhannya

jangan terbelenggu atau cenderung kepada dunia

jauhi janji manis pemberian dan sogokan serta hidangan pemerintah

sesungguhnya ia menggelapkan hati dan mematikan fikiran



Wahai muslimat...



jauhi kemewahan kerana ia musuh kepada jihad ia pembinasa diri manusia

janganlah menunjukkan sesuatu yang berlebihan cukuplah seqadar keperluan sahaja

didik dan latih anak-anak dengan kegagahan dan kejantanan serta kepahlawanan dan jihad jadikan rumah-rumah sebagai kandang-kandang singa ....

bukan reban ayam yang menunggu gemuk untuk disembelih oleh toghut...

tanamkan ke dalam jiwa anak-anak kecintaan kepada jihad...

keinginan kepada medan perang...

lapangan yang penuh dengan keributan jihad



Wahai anak-anak...



biasakanlah diri dengan nyanyian dan alunan letupan peluru...

dentuman senjata-senjata berat...

gegak gempita jet-jet pejuang serta kereta-kereta kebal

jauhilah nyanyian-nyanyian yang lembut dan muzik-muzik yang mengasyikkan serta hamparan permaidani merah...

sesungguhnya kalian tidak pernah bermesra dengan ayahmu melainkan hanya sebentar cuma ...

terlalu sedikit tarbiah yang sempat diberikan kepada kalian ....

Ya..ayahmu terlalu sibuk dengan urusan jihad ...



Wahai para isteri...



lazimilah sifat zuhud, nescaya akan dikasihi Allah...

berzuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia nescaya engkau dikasihi mereka...



Friday, June 04, 2004

.:Lose-Lose???:.

Assalamualaikum wrt,



Surfing through the internet for the past few weeks has been tough.There has been so many things occured around.The Middle East is still in the image of war.Malaysia with many tragic things.In Japan,an 11 year old girl admitted to slit her friends neck and arms with a box-cutter, and left her to bleed to death.



I don't know what is going to be with this world today.And the most important thing is I don't know what is going to be with the Muslim World today.



Today,I just read an article about what is going on in the Middle East.Everywhere in the Arab World is talking about reform.The Arabs have open their mind after the September 11, and beginning to ask themselves,"Why did this happened?".



For me, it is not just the problem for Arabs, but it is also the problem to the Muslim World.For the past 90 years the Muslim world had lagged behind the rest of the world economically, socially, and politically.



Muslims world has lost their political survivors after the last Government of Uthmaniyyah sat back in 1924.Since that the Muslims world got indipendent and lose the ties of brotherhood of Islam.They set their way in their own country and boundry.



Todays they are talking about reforming after so many tragic thing occured in the Muslim World.The Muslim world has lost the Amir of the Ummah to take care of the ummah.



So,the main point is towards who or where the reform is to be?Hope it is not a western style reforms, or eastern style reforms.Hopefully the reforms are towards the implementation of the true Islamic teachings.



We know that the world we live today is the same world our generation will be living in the future.So are we going to let them be as the same as we face today? just think!!!



I hope that the teaching of Islam is not just to make muslim knows the basic about Islam, but it should make the muslims know their responsibilities is to keep the Islamic identities in their life.The implementation should not be more in the air than on the ground.It shouldn't be just in talks, discussions, forums, papers, announcements, but it should be implemented throughout the life.



We don't want the implementation of Islam becoming "lose-lose",todays muslims are facing the problem and the future muslims are facing the same.



May Allah bless us

Thursday, June 03, 2004

.:Uhud Jadi Renungan:.

Assalamualaikum wrt,







Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Anfal yang bermaksud:



'Sesungguhnya orang-orang kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian ia menjadi penyesalan bagi mereka dan mereka akan dikalahkan dan ke dalam neraka jahannam mereka akan dikumpulkan.'



Walaupun sedih dengan apa yang berlaku dalam peperangan Uhud ini tetapi Allah telah meniupkan semangat ke dalam sanubari umat Islam melalui ayat 104 surah an-Nisa’yang bermaksud :



'Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan.'



Uhud Jadi Renungan