.:M|y| |B|l|u|e| |Z|o|n|e:.

Tuesday, August 31, 2004

.:Dijanjikan Syurga:.

NAMA SEPULUH SAHABAT NABI S.A.W. YANG DIJANJI MASUK SYURGA (R.A)



1. Abu Bakar As-Siddiq : Nama sebenarnya Abdullah Bin Abi Quhafah : Wafat pada tahun 13H/634M

2. Umar Ibni Al-Khattab : Wafat pada tahun 14H/644M

3. Uthman Ibni 'Affan : Wafat pada tahun 35H/655M

4. 'Ali Ibni Abu Talib : Wafat pada tahun 41H/661M

5. Abdul Rahman Bin 'Auf : Wafat pada tahun 32H/652M

6. Al-Zubair Bin Al-Awwam : Wafat pada tahun 36H/656M

7. Talhah Bin 'Ubaidilah : Wafat pada tahun 36H/656M

8. Sa'id Bin Zaid : Wafat pada tahun 51H/671M

9. Sa'ad Bin Abu Waqqas : Wafat pada tahun 55H/675M

10. Abu 'Ubaidah 'Amir Bin Al-Jarrah : Wafat pada tahun 18H/639M

Saturday, August 14, 2004

.:Summer Camp 2004:.





Assalamualaikum wrt,



Seminggu bermusafir bertemu sahabat-sahabat, berkejar-kejar mendapatkan ilmu, bermandi-manda di Shirakawa, berpanas dan berhujan bersama-sama.



Kenangan di Shirakawa Camp site adalah sesuatu yang tidak dapat dibeli atau ditukar ganti.Bersama dengan para ilmuan ,sahabat-sahabat dan juga bersama yang lebih muda, sungguh manis bila ukhuwwah itu disandarkan pada Islam.Menyayangi saudara kerana Allah...





Tuesday, August 03, 2004

.:My Desktop:.

Assalamualaikum wrt,







Sambil-sambil menunggu pembetulan isi presentation dari sensei, update blog...hanya gambar desktop notebook yang baru dibeli.Sekarang dah senang sikit...di lab pun boleh online...jadi sahabat-sahabat boleh message di siang hari...tak perlu tunggu malam.Alhamdulillah...

Sunday, August 01, 2004

.:Summer Camp:.

Sempena cuti musim panas pada tahun ini, saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk bersama-sama kami mengisi masa cuti ini untuk ke perkhemahan tahunan yang di seliakan oleh
Marilah bersama-sama menjadi salah seorang dari orang-orang yang mencari ilmu.
Sahabat-sahabat boleh mengakses Laman Rasmi Program untuk mendapatkan maklumat lanjut.Kita jumpa di sana.

*gambar diatas adalah semasa aktiviti kembara Summer Camp 2003

.:Tak Nak...Tak Nak:.

Assalamualaikum wrt,



Berhari-hari menempuh kesibukan di lab, membuatkan tiada nafsu untuk menulis, keperluan untuk berehat merehatkan badan dan otak lebih ditumpukan.Lama tidak menulis bukan bermakna tiada idea, malah bila timbul sesuatu isu...nafsu untuk menulis membuak-buak.Tetapi apakan daya tenaga yang diberi-Nya, terbatas.Dan oleh itu Nabi SAW sudah menasihatkan kepada kita lebih 1400 tahun yang lepas mengenai kenikmatan yang kita dapat semasa hidup kita.It is the best years of our life...



Diriwayatkan oleh At-Tarmizi dan Muslim dari Amru bin Maimun r.a bahawa suatu hari Rasulullah s.a.w telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud:

"Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian."



Mungkin dalam beberapa bulan nie masyarakat kita sedar tentang beberapa kerosakan akhlak yang melibatkan masyarakat Melayu Islam kita.Sureheboh?Malaysian Idol?Akademi Fantasia?dan tah beberapa nama lagi yang diletak untuk menyedapkan telinga.

Memang bila tengok rancangan sebegini saya merasakan begitu sedih kenapa masyarakat kita boleh menjadi begini...Panduan apa yang mereka ikuti yang menyebabkan mereka menjadi begitu, membelakangi nilai akhlak Islam.Bukankah sebagai umat Islam kita ada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.Kenapa membelakangi Al-Quran dan Sunnah?



Dan yang menyedihkan, tingkah laku begini terbawa-bawa dalam kehidupan orang yang dalam linkungan umur yang sama dengan saya.Sungguh tak best.



Bak kata seorang member:

"Mengetahui adanya banyak kes2 maksiat dan perlakuan sumbang, terutamanya di negara sendiri, di kalangan bangsa sendiri, kalau tak rasa apa-apa, rileks jer, bukan jantan namanya.

Setiap orang kena rasa tak best, ataupun rasa marah, atau pun rasa tak senang, tak puas hati, sebab maksiat adalah perbuatan yang salah, dan perbuatan yang salah takkanlah kita nak tengok jer. Selemah2 iman adalah benci di dalam hati, dan tak ada yang kurang daripada itu."



Sebab saya tak mahu iman saya antara yang paling lemah, maka saya usahakan juga untuk menulis.Sekurang-kurangnya saya telah membantah dengan tenaga, menaip di Blue Zone.



Dengan kudrat yang ada, marilah sama-sama kita berkempen untuk membenci perkara yang melalaikan.Kempen 'Tak Nak Lalai'.



Tak nak...tak nak...tak nak!!!