.:M|y| |B|l|u|e| |Z|o|n|e:.

Thursday, November 26, 2009

.:Apabila seorang lelaki memperisterikan seorang gadis...

Apabila seorang lelaki memperisterikan seorang gadis...

agar isterinya dapat menggantikan peranan ibunya…

Sudah lebih 40 hari Ma meninggal dunia, sudah lebih 40 hari jugalah Ummu Muhammad Tasneem meminta saya untuk menulis mengenai Ma.Bukan tak mahu berkongsi, tapi ingatan itu akan membuat saya seperti anak kecil yg menangis berlainan dengan peranan biasa yang egois, mungkin.

Naluri:.

Ma sepanjang ingatan saya selalu nalurinya memahami anak-anaknya, dan Abah.Seakan-akan peka dengan kehendak kami, tindakan dan jadual seharian Ma amat menyenangkan kami adik beradik.Mungkin sebab Ma tidak bekerja dan tumpuannya hanya pada `ahli’nya, membuatkan kami puas bersamanya.

Sayang:.

Tak reti nak menggambarkan sifat sayang Ma.Nak kata Ma tak marah-marah, ada jugak sesekali kena marah.Kena pukul, rasanya kecik-kecik dulupun kena jugak.Itulah sayang Ma, dari segenap sudut.Marah pun ada sayang, pukul pun ada sayang, memandikan pun ada sayang, masak pun ada sayang, bagi makan pun ada sayang, jalan-jalan pun dengan sayang.Walaupun anak-anak dah besar…berkahwin, bagi ibu-bapa mereka tetap anak kecil yg kelaparan… lapar sayang.

Ma akan jadi orang tengah antara kami dengan Abah, walaupun ma bersetuju dengan Abah, akhirnya Ma akan defend anak-anaknya.Anak-anaknya tetap anak kecilnya.Abah pun akan cair dengan `tangan yang menggoncang buaian’ itu…kelemahan logik mengatasi emosi.

Pujuk:.

Bila Abah membentang logik, adakalanya kami akur, adakalanya kami stress…itu sunnah…sunnatullah.Ma berperanan memujuk, bukan setakat kami, Abah pun dipujuk.Senjata Ma adalah masakannya, saya tak pernah melihat Ma menangis hatta bila Abah berkeras dengan logiknya.Hakikatnya bila perut sudah kenyang, semua dapat berfikir dengan waras logik Abah tadi.

Itulah antara kelebihan Ma yang seringkali disebut-sebut Abah sehingga kehari ini, sebut saja nak makan apa, Ma pasti cuba sediakan. Sedikit sebanyak, saya mewarisi Ma dalam bab memasak, Ummu Muhammad Tasneem pun akan tabik spring.Walaupun saya percaya dengan anugerah, saya juga percaya dengan usaha, kalau tak, takde pepatah ‘kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’, ‘man jadda wajada’ , ‘sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit’ – kepada sekalian ummahat – gambatte kudasai.

Rindu saya pada Ma sekarang, kalau rasa tak logik pun takpalah, yang saya tahu, setiap kali saya makan saya akan teringatkan masakan Ma! ‘no more’ air tangan Ma, air tangan Umi pula mengambil peranannya.

Manja:.

Bagi saya, manja saya dengan Ma, kerana Ma telah ‘menguruskan ‘ saya.Ma menguruskan perasaan, menguruskan keperluan kecil hingga besar.

Al-Fatihah:.

Setelah kehilangan Ma menjelang Aidilfitri yang lepas, AidilAdha ini juga diraikan dengan seribu kenangan bersama Ma.

Hjh.Che Azizah Bt Mohamed (1941~2009)

Meninggal dunia pada 27 Ramadhan selepas Isya’ 1430 H (Malam Jumaat).

Disembahyangkan selepas Solat Jumaat 28 Ramadhan 1430 H di Masjid Muhammadi Kota Bharu.

Dikebumikan pada hari Jumaat 28 Ramadhan 1430 H di Perkuburan Raja Udang, Jalan PCB.

Semoga Allah mengampunkan segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, kasihini mereka sepertimana mereka mengasihaniku semasa kecil.

Saturday, March 04, 2006

Baru World!


Assalamualaikum wrt,

Buat pertama kali setelah lama tidak bersuara...harapnya ini mengubat rindu.
Kembali menggilap kemahiran lama, bersuara melalui pena.

Sebelah merupakan salah satu ruangan daripada majalah universiti,Oita Universiti(Edisi 9).Ruangan bagi ryugakusei yang telah tamat belajar dan pulang berbakti di tanahair.

Antara isinya adalah mengenai kisah pembelajaran di Jepun.

Gambar bersama parents semasa mereka ke sana utk sotsugyoushiki dan gambar bersama rakan-rakan lab.

Untuk lebih Nihonggo...sila ke:

Oita Dai Magazine

Friday, September 24, 2004

.:何で?:.

Assalamualaikum wrt,

'ムスリマはヒジャーブ(tudung)を被る人もいて、被らない人もいる,どれがわるい?'という質問のきっかけでこの話を書こうと思う。私の答えはヒジャーブを被らないムスリマは自分に罪を作ったという。何故かというと彼女はALLAHの命令を逆らったことです。ヒジャーブを被るムスリマはALLAHの命令に従うした。

ヒジャーブを被っても悪いことをしたってどいうことよ?!
心からヒジャーブを被ってるムスリマはほかの悪い事をしないと思うが時々ヒジャーブを被るムスリマも悪いことをしてしまったこともいる。ここで、'ヒジャーブを被る'と'悪いことをする'は違うものという考え方が必要です。彼女はヒジャーブを被る、ALLAHの命令に従うしたというひとつの話。ヒジャーブを被らないムスリマはALLAHの命令を逆らったことは別の話である。

ヒジャーブを被っても悪いことをした、ヒジャーブを被らないけどほかの悪いものをしない。
ここで、ヒジャーブを被らないは犯罪、ヒジャーブを被ったムスリマはほかの悪いことたとえば悪口とか、人の心に傷を作るとか、それも犯罪である。

ヒジャーブを被っても悪いことをした、ヒジャーブを被らないけどほかの悪いものをしないどっちが一番わるいの?
ここに例えをします・・・ヒジャーブ(tudung)を被らないムスリマ(ALLAHの命令を逆らったこと)は一人の社員が社長の命令逆らったことようであり、悪いこと例えば、悪口をする人は人と人の罪であり、一人の社員が課長の命令逆らったことようである。ここで社長と課長のの命令を逆らったことの間、どっちが一番悪いのを判断してください。

ヒジャーブを被らないのが罪を作ったという判断
ヒジャーブを被らないのがALLAHの命令を逆らったことがわかる、ここで何かいいたいのかはALLAHの命令を逆らったことがイスラムの中には一番悪いことである。ヒジャーブを被らないムスリマもノンームスリムの人にイスラムの本当の教え方を被るとうことがわかります。

ヒジャーブを被らないムスリマに対して
ヒジャーブを被らないムスリマに怒ったり、悪口をするはずがない。確かに、アドバイスしたり、いい友達になってたりするのが必要です。その中に彼女達に本当のことを教えられるべき。

Tuesday, September 14, 2004

.:Gurau dan Canda Rasulullah SAW:.

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.





Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata, "Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya. "Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW. "Ia tidak mampu", kata perempuan itu. "Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta". "Ia tidak mampu". Para sahabat yang berada di situ berkata, "bukankah unta itu juga anak unta?"



Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu". "Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW. Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?". "Rasulullah memberitahu bahawa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya. Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua". Perempuan itu lalu menangis. Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,



Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka sentiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".



Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

Saturday, September 11, 2004

.:Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut:.

"Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terjatuh di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).



Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".



Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".



Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".



'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".



Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".



Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".



Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta, dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".



Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut". "

Sunday, September 05, 2004

.:Al-Murabitun:.

Apabila Islam semain berkembang maka menjadi suatu keperluan untuk menjaga keutuhan pemerintahan dan mempertahankan sempadannya sepanjang masa daripada diancam oleh musuh. Kumpulan mukmin yang bertugas sepenuh masa ini dikenali sebagai al-Murabitun.

Kalimah ini juga digunakan bagi merujuk kepada orang-orang beriman yang berkekalan di dalam Masjid Nabawi selepas solat Maghrib untuk menunggu solat Isya’.



Takrifan di atas bolehlah dirumuskan bahawa al-Murabitun itu adalah kumpulan mukmin yang bertugas sepenuh masa untuk tujuan-tujuan tertentu. Apabila sesuatu tugas itu dilaksanakan secara sepenuh masa maka sudah tentu ianya merangkumi sumbangan masa, tenaga dan pemikiran.



Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:



“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Ali ‘Imran: 200)



Daripada nas di atas, dapat difahami bahawa menyediakan petugas sepenuh masa “al-Murabitun” merupakan suatu kewajipan. Antara rasional kewajipan ini ialah:



a) tenaga perofesional



b) menjimatkan tenaga



c) menjimatkan kos



Apabila sesuatu golongan itu ditugaskan secara sepenuh masa maka sudah tentu akan lahirlah para petugas yang berpengalaman yang mana hasil dari pengalaman ini menjadiakn seseorang itu pakar dalam bidangnya dan disebut sebagai professional.



Aspek ini dianggap sangat penting untuk memastikan keberkesanan dan kejayaan yang optima. Iannya juga penting untuk memastikan kebolehpercayaan dan kesahihan sesuatu rancangan mahupun tindakan.



Petugas sepenuh masa tentu menjimatkan tenaga memandangkan tenaga pakar yang sedia ada tidak memerlukan tenaga gantian, dan factor ini sudah pasti boleh menjimatkan kos yang merupakan salah satu daripada ajaran Islam.



Tenaga-tenaga yang dimaksudkan di atas telah dijanjikan ganjaran oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana sabdanya yang bermaksud:



Daripada Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bermurabitunlah satu hari di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di atasnya.” (Riwayat al-Bukhari)



Maksudnya: Daripada ‘Aisyah, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dan bahawasanya sebaik-baik pekerjaan kepada Allah ialah yang paling berkekalan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari)



Kedua-dua hadith di atas memberi keyakinan kepada pendukung yang memahaminya untuk berkorban masa, tenaga dan jiwa demi kepentingan Islam dalam apa jua bidang yang ditugaskan.



KEPENTINGAN AL-MURABITUN DALAM GERAKAN ISLAM



Gerakan Islam masa kini menamakan al-Murabitun dengan al-Mutafarr’ghun. Adalah tanggungjawab al-Mutafarrighun masa kini agak mencabar dari masa-masa yang lampau memandangkan penyebaran Islam telah sampai ke segenap pelosok dunia serta pesatnya perkembangan teknologi moden.



Dengan meningkatnya tahap keintelektualan manusia, maka keperluan kepada al-Murabitun menjadi semakin mendesak lebih –lebih lagi bagi negeri-negeri yang belum berdaya maju.



Perkara ini berdasarkan kepada pengalaman beberapa buah negeri yang mula menerima Islam di mana factor penting kepada kejayaan tersebut disandarkankepada kesedaran rakyat hasil daripada pengorbanan al-Murabitun yang tidak jemu-jemu dalam menjalankan tugas.



Terdapat beberapa bidang yang memerlukan al-Murabitun di dalamnya antaranya:



1.Penyelidikan



Bidang ini amat penting diutamakan untuk merancang strategi, kedudukan dan tindakan yang bakal dilaksanakan.



2.Pendidikan



Pendidikan memainkan peranan utama dalam menyedarkan rakyat jelata yang berbilang latar belakang maka keperluan kepada tokoh-tokoh yang bekerja sepenuh masa dalam bidang ini haruslah diutamakan seperti para mursyid dan nuqaba’.



3.Penerangan



Dalam melaksanakan prinsip menerang bukan menyerang kita memerlukan para murabitun yang terdiri dari tenaga-tenaga penceramah yang berkemampuan secukupnya.



4.Ekonomi



Tidak dinafikan bahawa bidang inipenting dalam menggerakkan jentera gerakan Islam. Justeru itu, kita memerlukan pakar-pakar ekonomi seeprti para usahawan yang bertugas sepenuh masa untuk membiayai program-program dan aktiviti-aktiviti gerakan Islam.



5.Perundangan



Pakar-pakar di bidang ini haruslah dilahirkan dan dikaderkan dalam bilangan yang mencukupi untuk mempastikan proses pemulihan kuasa dan pelaksanaan undang-undang Islam dapat dijalankan.



CABARAN DAN HALANGAN



Terdapat beberapa cabaran dan halangan untuk melahirkan para murabitun di setiap negeri antaranya:



a) sifat fasik dan jumud



b) tidak sanggup berkorban



c) tidak mempunyai tasawur yang jelas



PENUTUP



Kemenangan Islam dapat dilihat apabila cabaran-cabaran di atas dapat diatasi. Justeru, saya menyeru kepada semua pihak untuk membincangkan perkara di atas dan mencari jalan penyelesaian demi untuk memastikan keutuhan dan kekuatan gerakan Islam dapat diperkembangkan dari masa ke semasa.

Tuesday, August 31, 2004

.:Dijanjikan Syurga:.

NAMA SEPULUH SAHABAT NABI S.A.W. YANG DIJANJI MASUK SYURGA (R.A)



1. Abu Bakar As-Siddiq : Nama sebenarnya Abdullah Bin Abi Quhafah : Wafat pada tahun 13H/634M

2. Umar Ibni Al-Khattab : Wafat pada tahun 14H/644M

3. Uthman Ibni 'Affan : Wafat pada tahun 35H/655M

4. 'Ali Ibni Abu Talib : Wafat pada tahun 41H/661M

5. Abdul Rahman Bin 'Auf : Wafat pada tahun 32H/652M

6. Al-Zubair Bin Al-Awwam : Wafat pada tahun 36H/656M

7. Talhah Bin 'Ubaidilah : Wafat pada tahun 36H/656M

8. Sa'id Bin Zaid : Wafat pada tahun 51H/671M

9. Sa'ad Bin Abu Waqqas : Wafat pada tahun 55H/675M

10. Abu 'Ubaidah 'Amir Bin Al-Jarrah : Wafat pada tahun 18H/639M